PELANCARAN ALBUM – ZAHID AHMAD PROJECT

TUK TAK MANA MELAYUNYA

Wow KL.

15 November 2017

 

 

Zahid Ahmad melancarkan album sulungnya “Tuk Tak Mana Melayunya”, yang telah mengambil masa 10 tahun untuk dihasilkan. ROTTW berpeluang untuk berbual bersama Zahid Ahmad di perlancaran album sulungnya “Tuk Tak Mana Melayunya” sewaktu sesi soal jawab bersama media.

 

Ulas beliau, menghasilkan album pada waktu ekonomi negara yang tidak berapa nak elok, jualan album tidak memberangsangkan tidak boleh dijadikan alasan kalau nak maju, “Inilah mata pencarian saya, …. kalau saya tak buat ni, saya nak buat apa?”. Beliau menambah lagi, sebagai seorang musician, sudah biasa susah. Semua usaha rakaman menggunakan duitnya sendiri dan dirakam di studionya, Zahid Ahmad Drumworks di Melawati.

 

Inilah antara sebabnya beliau mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album ini. Tapi antara sebab mengapa mengambil masa yang lama nak siapkan album ini adalah kerana faktor “sedap”. Sebagai seorang pemuzik yang sudah banyak pengalaman berkerja dengan artis seperti Zainal Abidin dan Sheila Majid, beliau meletakkan kepercayaan yang tinggi pada cita rasa beliau sendiri tentang apa itu “sedap”.

 

12 tahun menghasilkan album ini, beliau berharap album ini dapat memperbaharui muzik melayu, sambil merangsang minda pendengar. Beliau juga berharap usaha beliau untuk menghasilkan album ini dapat memberi inpirasi kepada pemuzik-pemuzik lain untuk bergerak secara independent dan untuk terus berusaha tanpa memberikan alasan.

 

Kami di ROTTW sangat menggalakkan usaha-usaha yang berkualiti sebegini dan kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada anda (Zahid Ahmad).

 

Teks dan Foto: Hakim Rom

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!