ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA AKAN DISERIKAN DENGAN DENDANGAN
LAGU-LAGU HIT KUMPULAN ONEREPUBLIC
TIKET CAT 4 TELAH HABIS DIJUAL DAN JUALAN TIKET VIP SEMAKIN LARIS

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2018 – Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan
kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan
memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang
sentiasa malar segar itu.
Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian
daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga
bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My. Konsert ini
mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro
Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia
selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013.
Keterujaan peminat untuk menonton persembahan kumpulan ternama itu menyebabkan jualan
tiket kategori CAT 4 (tempat duduk bebas) telah habis dijual, sementara tiket untuk tempat
duduk VIP pula jualannya semakin laris.
Peminat masih lagi boleh membeli tiket VIP yang semakin laris jualannya dan categori lain seperti
berikut:
• RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor, Semakin Laris)
• RM578 (Rock Zone)
• RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
• RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
• RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
• RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas, Habis Dijual)
*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
2
Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian
03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket
rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School
by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock
Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.
Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder
(vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan
Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi
TicketCharge.
Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat
selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love
telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital
daripada 13 juta hingga 21 juta.
Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media
MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and
Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang
paling berjaya dan popular dalam dekad ini.
Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah
muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music
Awards dan Billboard Music Awards.
Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan
memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 atau layari
www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!