MUTHA PUAKA presents 

Carthreena Breathe For Tomorrow Official Album Launch

7 April 2018

The Bee, Publika Solaris Dutamas

 “Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan acara pada hari ini. Tuan rumah, Carthreena membuat persediaan dengan sempurna. Persembahan mereka juga tidak mengecewakan. Seperti biasalah, ruang ruang penambahbaikan sentiasa ada dan terbuka. Semoga lebih maju dan maju buat Carthreena. Sistem bunyi, memuaskan. Persembahan band ban lain juga hebat. In fact, after all these years, persembahan band band sekarang agak impressive” Abang Rom

Setelah menjelajah ke beberapa venue serata negara sebelum ini, band yang gah dengan muzik emo bawaan mereka, buat julung kalinya mengadakan official album launch mereka di sebuah lokasi gig terkemuka tanah air, iaitu The Bee, Publika. 
Siapa antara anda yang belum mendapatkan album mereka, Breathe For Tomorrow? Ok, dengar ni. 
Dengan dose emo yang dah lama kita tak dengar di kalangan pemuzik independent tanah air, Carthreena menjanjikan kepuasan yang maksima dengan album yang dimuatkan dengan 12 trek yang diadun sempurna ini. Kalau kau memang tak kenal bandmates mereka, hanya dengar lagu sahaja, kau akan kata band ni band mat saleh. Betul….. Sedap!

Diiringi beberapa rakan band, Naratu, Y2K, Scarlet Heroes, Thy Regiment, Modread dan Strikeout, show tempohari amat memuaskan dan gamat. 
Tahniah dari seluruh tenaga kerja kami di ROTTW, buat Carthreena, penganjur utama serta supporting labels yang menjadikan show pada hari tersebut sebuah show yang berjaya. 
Oh ya, sesiapa nak usha Carthreena atau beli cd mereka, cari mereka di sini;

https://www.facebook.com/Carthreena/

https://www.instagram.com//carthreenaofficial

credit photo : Anique Kunyit Production & Carthreena Official

@carthreenaofficial @muthapuaka @wingmengsg @i.am.tommy.love @y2kmalaysia @blacknbluesmy @naratukd @thy_regiment @modreadband @scarletheroes @musica_mania

 

 

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!