Costume Party Fright Night the 13th by Killastreetz Entertainment

The Bee, Publika, Solaris Dutamas

13 April 2018

 

Ok nak tulis report pun boleh jadi over excited…lol! Bukan apa guys, inilah merupakan parti kostum pertama penulis sejak dilahirkan beberapa puluh tahun yang lalu (nota: masih muda, okaay!)

 

Hahaha, namun berdasarkan sembang sembang kosong sesama rakan yang turut serta dalam acara tersebut, itu juga merupakan pengalaman mereka yang pertama, surprisingly! Ok.. jadi saya tidaklah berseorangan.

 

Persediaan acara dibuat sedari awal tahun lagi. Lokasi meeting, biasanya di “HQ” lah (Lapar dan Dahaga, LDD, Sri Rampai, sambil makan makan…lol!). Dan secara jujurnya, ideanya sahaja sudah mencambahkan pelbagai jangkaan dan keseronokan, sekurang kurangnya untuk saya sendiri. Ok, mula fikir, saya nak jadi hantu apa ya?

 

Sampailah hari yang dinanti. Persekitaran The Bee yang biasanya gamat dan dipenuhi rockers, kini menjadi lokasi “penghuni lain”. Ini fullhouse gayanya ni. Tiket presale sold out ya, yang beratur membeli tiket di kaunter venue masih ramai. Dimulakan dengan crew crew acara sendiri yang menghias diri dengan jayanya dan amat menggerunkan, diikuti para crowd yang tak mengambil masa lama pun terus memenuhi perkarangan lokasi acara, sampailah ke lantai tari di dalam.

 

Di bahagian tepi venue, berbaris lagi para pengunjung yang mahu menghias wajah mereka ala ala hantu. Ada yang mengambil idea dari movie dan menghias diri mereka dengan pelbagai watak. Eh Spiderman pun ada lah, lengkap satu sut. Seram ke? Hahaha…yang ala ala Pennywise, pasti lah ada berkeliaran. Penulis? Tiada sut khas, hanya menconteng muka dan badan dengan huruf serta nombor. Yes, penulis adalah Ouija board, permainan panggil hantu tu….hahahha…

 

Baiklah, dari segi persediaan soal persembahan, pihak penganjur telah menyusun cantik barisan performers yang mantap dan padu. Gabungan antara muzik berat diakhiri rentak hip hop yang membuai buai perasaan, memang cantik!

 

Pembuka tirai yang cukup bertenaga dari band thrash metal, Kreacion, memanaskan lagi acara yang sedia hangat. Sebuah set yang tak perlu disangkal lagi kehebatannya. Band yang boleh dikatakan baru, namun namanya telah tersebar luas di dada dada flyers gig sekitar ibu kota malahan di luar juga. Vokal, showmanship, serta komunikasi Alif bersama crowd sangat baik! Berpakaian dan bersolek ala Valak dari filem “Conjuring 2”, Alif selamba headbang hingga tercabut veil yang dipakai. Mantap walaupun tanpa bassist yang tidak hadir pada saat akhir.

 

Kehangatan yang dimulakan oleh Kreacion disambung pula oleh sebuah band hardcore dari Brunei yang datang khas buat pengunjung Fright Night pada malam itu. Rose On My Coffin Door (ROMCD) tampil dengan solekan serta kostum yang lebih dahsyat dan sadis gayanya. Pertama kali penulis menyaksikan mereka secara live. Ternyata amat energetik dan tidak mengecewakan. Ahli ahlinya juga amat ramah sekali. Datanglah dengan lebih kerap ya!

 

Tiga band seterusnya, memang tak perlu saya mengulas dengan panjang lebar. Restraint, SOG, serta Massacre Conspiracy membuatkan The Bee benar benar havoc dengan circle pit dan twostep tanpa henti. Ramai yang singalong juga bersama mereka, wow! Ini power. Tu maksudnya fans ramai…huhu…Semua band yang membuat persembahan cukup sporting dengan solekan, topeng, serta kostum hantu masing masing. Penulis tahu atas pentas tu bukan sejuk, panas, dengan kostum, topeng, lagi lah bahang. Tapi semua steady.

 

Kini tibalah waktu untuk crowd ‘hantu hantu’ semua slow down sikit dan goyang badan layan hip hop! Lawalah Familia memenuhi stage dengan ahli mereka yang ramai, lebih 10 orang pada hemat saya. Pertama kali juga saya menyaksikan mereka live. Tak dapat nak tahan, pasti goyang juga dek penangan Lawalah Familia. Saya pasti akan memerhatikan nama ini untuk saya saksikan mereka lagi pada masa akan datang. Tak puas.

 

Penutup pada malam itu, alunan seleksi lagu pilihan Ladyganz. Ini kali pertama penulis menyaksikan beliau bertugas sebagai dj, selama ini hanya tahu makan masakannya sahaja di LDD. Wow…power babe! Spin dan terus spin lagu lagunya hinggalah lantai tari semakin lengang dan acara sampailah ke penghujungnya.

 

Untuk lebih kepuasan, anda semua boleh type #fnt13th di intagram dan saksikan kemeriahan malam tersebut guys! Kredit untuk semua pemilik asal gambar serta video di # berkenaan ya.

 

Dengan pengorganisasian yang sistematik, kawalan keselamatan yang ketat dan penuh disiplin, marketing yang berkesan, sistem bunyi yang memuaskan, tidak keterlaluan untuk saya katakan tahniah buat penganjur, ini sebuah gig “one of kind” yang berjaya dan cemerlang!

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!