One Republic Live In Kuala Lumpur

25 April 2018

Stadium Merdeka

Sambil grab car kami masih meraba raba di mana mahu dia turunkan kami berdua, kami di tempat duduk belakang pun meninjau ninjau keadaan di luar.  Seolah sudah sepuluh tahun lebih layaknya tidak memasuki kawasan tersebut. Lain benar.

Betul! Construction di mana mana okay. Dah tak cam dah jalan. Sampailah kami nampak perkumpulan manusia yang agak ramai berserta peniaga peniaga kecil yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Ok, kami mahu diturunkan di situ.

Kami masuki perkarangan stadium, dapatkan tiket complimentary kami di booth media, langsung masuk ke dalam diiringi petugas yang bertanggungjawab menunjukkan kami di mana tempat kami.

Ok, konsert duduk. Hmm.

Kami fikir sudah agak lewat. Namun nasib baiklah konsert belum bermula. Dalam pada penulis masih sibuk memikirkan “kenapa lah kena duduk, kenapa konsert nak kena duduk”, Ryan Tedder dan rakan rakan telahpun bersedia di atas pentas rupanya. “Stop and Stare” menjadi lagu pembuka buat para peminat mereka di Malaysia pada malam tersebut. Antara lagu mereka yang paling saya sukai, bergema Stadium Merdeka dengan sing along para penonton.

Ok, masa ini saya tahu sebenarnya memang kami dah terlewat. Ada opening acts rupanya tadi. Antara yang menghangatkan pentas One Republic Live in Malaysia kali ini ialah penyanyi, dan pelawak terkenal, saudara Zizan Razak.

Sesudah lagu pertama tamat, Ryan menyapa kesemua peminat One Republic yang dari awal telah memenuhi stadium dengan ucapan “Apa khabar?”

Pada lagu pertama tadi, kami dah berasa sangat tak selesa dengan kualiti bunyi. Terlalu boomy. Harapnya lebih baiklah untuk lagu kedua dan seterusnya.

Tak pun. Sama je.

Selain lagu lagu hit mereka seperti “Apologize”, “Good life”, “All The Right Moves”, dan “Secrets” yang dipersembahkan, Ryan juga menyatakan bahawa mereka akan mempersembahkan lagu lagu artis terkenal yang beliau sendiri tuliskan seperti lagu “Halo” nyanyian Beyonce. Saya juga baru tahu si Ryan Tedder sebenarnya merupakan seorang composer yang hebat dan telah bekerjasama dengan nama nama besar seperti Beyonce, Ed Sheeran, Adele, U2, Maroon 5, serta Taylor Swift.

Visual yang amat cantik melengkapkan lagi konsert One Republic kali ini. Tapi dari dulu sampai sekarang, kalau cakap bab encore, orang Malaysia memang tak pandai. Padahal “Counting Stars” belum dipersembahkan lagi. Stage gelap, terus kau semua pun ‘choww’. Saya menjerit “we want more” pun tak konsisten sebab lambat sangat nak disambut yang lain…hahaha….

Lebih kurang 5 minit stage digelapkan, mereka kembali ke atas pentas dengan “Counting Stars” dan “Love Runs Out” sebagai lagu penghabisan. Ok kali ini baru betul betul habis.

Jika boleh saya katakana sedikit di sini, konsert berskala besar dengan sokongan yang juga besar besar seperti yang dapat kita lihat di flyer, semoleknya lebih sempurna dari segi pengorganisasiannya serta yang paling penting, dari segi kualiti sistem bunyi nya. Memanglah itu tidak menjadikan konsert kali ini sebuah konsert yang gagal, namun tidak sesempurna yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan. Kami amat menghargai kerjasama dan hospitality anda semasa kami di sana. Sehingga bertemu lagi nanti.

ONE REPUBLIC LIVE IN MALAYSIA 2018 SONG LIST_MALAY MEDIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!