BUTTERFINGERS TRANSCENDENCE 20TH YEAR ANNIVERSARY

2 NOVEMBER 2019

STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM.

Seperti yang ramai tahu dan ‘pergi’, malahan ramai juga yang masih memperkatakannya, konsert gergasi pemuzik grunge paling berpengaruh negara, Butterfingers, sememangnya amat dinanti kehadirannya, dan dirasai kesannya seusai konsert selesai. Masa belum berlangsung, berdebar debar hati para fans menanti, dah macam jatuh cinta layaknya. Bila dah habis konsert, pun masih berdebar. Tak “move on” bak kata para netizen. Hahaha…

Ini dia…Kita biar review yang panas, sejuk, suam, mengenai konsert bersejarah malam tadi, berlalu dahulu di dinding dinding social media……sekarang kita bersuara mengenainya. ROTTW sedari awal penubuhan, sentiasa menyampaikan info info serta pendapat pendapat yang telus untuk semua pembaca. Di zaman segalanya visual kini, kami cuba menyampaikan review ringkas melalui video pula. Namun masih akan mengeluarkan write up sedikit masa lagi, bersama dengan review beberapa orang lagi rakan yang turut hadir pada malam tersebut. Mari lihat apa kata Abang Rom tentang konsert Butterfingers ini. Klik!

Posted by ROTTW Magazine on Ahad, 3 November 2019

Anda semua pasti menyedari video review kami (oleh Abang Rom) yang telah dikongsi ribuan warga net dan mendapat tontonan hampir 30k itu, bukan? Jadi itu merupakan kesimpulan ringkas kami mengenai keseluruhan konsert. Yang kami kongsikan kali ini adalah beberapa sisi pandang rakan pemuzik yang turut hadir pada malam tersebut. Dan, kami memang sengaja mahu kongsikan gambar gambar di konsert berkenaan dengan anda semua sekarang. Biarlah terus tak boleh “move on”…

Segala content diambil terus dari mesej mereka dan disiarkan di sini adalah as is, maklumlah, tak cukup kakitangan. Ahaha. Ok, sit back, relax, dan teruskan membaca….

____________________________________________________________________________

Always sweet bila tengok mereka empat sama-sama dekat atas tu but this was different. I don’t think any of us have felt anything like it, a truly transcendent, special feeling. Because unlike Coldplay this is a band that we all belong to and that belongs to us. Bila masuk je tengok turnout lautan manusia yang datang nak experience mereka it hit me like, ‘they deserve this’.

 “Mermaids” was their finest moment. I was crying inside. My personal favorite moment was “Silk” – they played “Silk”! So rare yet so many memories that one. A nice drum solo spot for Loko was long long overdue… a great touch. Very honorable towards a humble living legend musician and human being.

 Like Loko Kadak gave his all, and bless his passionate heart is recovering now thankfully from what happened. The ending wasn’t an anti-climax to me… I believe that the fear of losing Kadak turned a switch in the heart and made Loque suddenly summon all his previous saka… saka-saka grunge… for all of us to see. It takes balls to do all his old solos faithfully like that without accompaniment depan fans semua okey? Hati lain-lain so yang nampak akan nampak apa yang diorang nak tengok tapi apapehal pun janji semua nampak. Diorang dah bagi tengok.

 For someone who lived to their music thru tears and triumphs, wrote about them, and is almost like a brother to them it’s like sweet liberation for me from people yang always had some snide disapproval of them, took em for granted, accepted them only conditionally and at their convenience, and checked them all the way no matter what they did.

 So it was nice for once to hear Emmett who was IN HIS FU***NG ELEMENT singing for himself, singing for us, louder than the audience who sounded beautiful sebenarnya during singalongs. It all works out. And man, if what I know is true and that was the last moment diorang… what a moment and – Butterfingers is dead, long live the Butterfingers!

Izuan Shah (Auburn/Emmett I)

 

1st) loque should stick to 90s Butter sound lah so nostalgia tu terasa lebih hype untuk 90s kids but aura Monoloque lebih luas so penggunaan effect dan penambah rasa dalam lagu butter album pushful dan 1.2 jadi agak spoil sikit.

 2nd) practice dan rehearsal itu sangat penting untuk band yang dah mampu ubah fenomena muzik tanah air kalau tak.. nampak terkucil sana sini sikit. Maybe gemuruh kot kedatangan penuh, padat dan sendat.

 Walaubagaimanapun, persembahan memuaskan. Terobat rindu…haha!

Adam (Bleeding Mascara)

 

 9.14am : “Click-clock” kedengaran “Whatsapp” notifikasi masuk. Melihat ada mesej dari Paparom yang berbunyi “Tak pi Butter?”…                            

Lalu pelawaan dari Paparom itu menyuruh aku turut serta merasai pengalaman yang sebelum ini aku tidak dapat lihat dan merasai pada zaman kelahiran aku ketika itu, ialah melihat “Butterfingers” full original line-up beraksi di pentas. 

7.20pm : Melihat waktu semakin cepat berlalu, dek kerana pintu masuk seperti Di war-war kan buka pada 6.30pm. Maka bergegas menuju ke Stadium keramat tersebut (Stadium Malawati,  ShahAlam) 

Dalam perjalanan, hati kecil aku bersuara “Wow, band underground Malaysia buat konsert skala stadium”. Membuat debaran ingin melihat “Butterfingers” makin teruja.

 8.15pm : Sesudah sampai ke tempat letak kereta yang agak berjauhan dengan stadium, terus berjalan dengan laju tanpa melihat orang kiri dan kanan untuk aku bertemu rakan bertugas bersama iaitu (Dayang) selaku jurufoto pada malam itu.

 8.30 : Pintu-pintu mengikut tiket sudah dibuka barisan panjang mulai bergerak sedikit demi sedikit.

 1 : bilangan crowd yang amat di luar jangkaan even it was just underground band but boleh setaraf international untuk orang rasa teruja untuk  pergi ke konsert (tak diragui bagi orang² yang membesar dengan lagu² butter pada zaman itu)

Walaupun terdapat melihat 50% dari muka² baru ataupun pendengar baharu untuk muzik Butterfingers. 

2 :  Pembukaan yang sangat tempting dengan lagu anthem peminat musik butter, crowd juga terus start enjin untuk merasai momentum “kembali ke mesin masa” seperti Di war war dalam PC sebelum ini.

 3 : Untuk set pertama momentum cantik walaupun ada sedikit teknikal isu dari sudut drum Loko. Tech tak aware??  But everything went smoothly. Sehingga lanjut ke set kedua. 

4 : Dari sudut bunyi agak sedikit minimal disebabkan tiada unsur gitar kedua (rhythm guitar) yang kebiasaan nya Emmett selaku vokalis akan menggalas tugas ini seperti… back to 1999.

Malam tu ternyata Emmett hanya santai memegang mic, dan bermain violin untuk lagu (viopipe)

 5 : Pengurusan Emmett sendiri nampak seperti professional dari sudut wardrobe yang bertukar tukar, dari masa ke semasa sehingga akhir hanya T-shirt, jeans dan berkaki ayam (trademark)

6 : Bunyi certain guitar Loque yang agak kering sehingga lantunan petikannya tenggelamkan bunyinya bass pada set pertama (lagu2 dari album Transcendence) hmm…!

 7 : Sehingga set (Butterworth pushful) sound sedikit balance,  Kadax kelihatan penat dan lenggok kan irama badan nya sedikit demi sedikit slow.. Sehingga babak rehat untuk set kedua.

8 : Set kedua mula kelihatan banyak lay back akibat keadaan Kadax, sehingga Loque dan Emmett cuba jalan tanpa bass dan drum untuk lagu (lupa tak Ingat).  Dan berhenti lagi dan terpaksa mengulangkan appreciation segmen buat sekali lagi, untuk memastikan Kadax betul² tidak boleh beraksi untuk mengkhatamkan persembahan pada malam itu.

9 : Setelah berhenti untuk seketika, dan habis di selingankan dengan Loque mengajak semua penonton pada malam tu menyanyikan lagu anthem untuk squad² Malaysia yang ke Olimpik tak lama lagi bagi penghargaan Butterfingers untuk Unifi atas sponsor mereka menjayakan konsert ulangtahun ini.

 10 : TERKEJUT!?  Sehingga Loque menggalas tugas Kadax untuk lagu² berikut nya (lupa tajuk lagu).. Dalam hati aku.. Hmmmm..lain macam ni.. Kadax tak dapat teruskan ni,  but kemana back up plan mereka dalam menganjurkan konsert skala ini?..hmmmmmm… . Akhirnya semua harus akur  juga dan apa yang dapat disimpulkan, dari sudut personal aku,  dapat merasai vibe Butterfingers itu sendiri adalah goosebumps dan ternyata Malaysia masih dahagakan keadaan yang mengembalikan zaman² lampau mereka membesar dengan lagu² butter.

 Walaupun pengakhiran agak tergantung, tapi worth it bagi peminat tegar Butter yang menginginkannya mereka beraksi secara original.

 Ralat itu pasti,  persediaan harus rapi.

Sekian.

 Jimmy Lee (Hush/Black and Blues)                

____________________________________________________________________________

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!