KONSERT M.NASIR “SATU HIKAYAT: 40 TAHUN PERJALANAN”

PLENARY HALL, KLCC

23 & 24 NOVEMBER 2019

DIBAWAKAN OLEH SHIRAZPROJECTS

 

Sejujurnya sejak pengumuman konsert beliau yang akan diadakan pada November 2019, dan sidang media pada April lalu, ini merupakan antara konsert paling penulis nantikan secara peribadi. Membesar dengan lagu lagu beliau, samada lagu yang dibikin dan didendang sendiri mahupun yang ditulis lirik serta melodinya untuk artis lain, nama M.Nasir wajib ada dalam kamus muzik semua yang mengakui peminat muzik di Malaysia.

Lagu kegemaran penulis?

Jika hanya perlu memilih satu, “Keroncong Untuk Ana”. Anda?

Di sini kami ada sedikit perkongsian mengenai konsert yang penuh bersejarah ini. Dari mula sampai ke akhir konsert, keterujaan penulis tidak menurun sedikit pun. Dibuka penuh warna, kemeriahan serta ‘adat’, lain macam betul feel nya.

Rasanya, sedap. Sebab itu, diri kita. I mean, penulis, sekurang kurangnya jika bukan semua di dalam dewan pun. Pentas dihangatkan dengan pembukaan yang menampilkan dikir barat serta wayang kulit. Kalau bukan di situ, dalam 5 tahun mendatang pun penulis belum tentu dapat menyaksikan sesuatu yang serupa itu di pentas sebesar Planery Hall! Kredit buat pengarah persembahan. Satu idea yang cukup tepat dan segar. Ada foto fotonya kami kongsikan.

Sistem bunyi, tiada masalah bagi saya. Sekali lagi, sedap dan segar. Manakan tidak, selain alatan moden, peralatan muzik tradisional juga disertakan sama mengiringi lagu lagu dendangan sifu M.Nasir. Elemen fusion juga tidak ketinggalan, ditambah dengan kehadiran adik adik penari tarian Turki (tak silap penulis) yang menambahkan mood timur tengah pada konsert kali ini.

Di sinilah dapat dilihat pakcik makcik berhibur dengan sesungguhnya. Bukan sekadar sing along kebanyakan lagu, malahan menari riang! Aura segenap dewan memang semacam. Sifu menggelarnya “parti liar” secara berseloroh. Suatu konsert yang amat berbaloi untuk anda mengambil cuti kerananya. Juga yang berbaloi untuk anda memperuntukkan wang liburan bulanan anda untuknya juga setelah penat bekerja sehari hari.

Keseluruhannya, sebuah konsert yang berjaya dengan gemilang. Semoga Sifu M.Nasir terus sihat dan berkarya, menghibur kita semua dengan  irama irama indah, 4o tahun lagi, insyaallah. Terima kasih penganjur, Shirazprojects, di atas penganjuran yang lancar dan tertib. Terima kasih kepada seluruh team konsert, terutama sekali Kak Opie yang sentiasa tidak lupa pada kami di ROTTW. Ribuan terima kasih kalian!

 

Berikut merupakan lagu lagu yang menjadi dendangan beliau pada kedua dua hari konsert;

 

Langgam Pak Dogo

Anak Anak Kita

Phoenix Bangkit Dari Abu

Keroncong Untuk Ana

Sentuhan Listrikmu

Bila Rumi Menari

Tari Cinta Rimba Mistikal

 

Medley:

Flybaits – Kenangan Lalu, Alleycats – Hingga Akhir Nanti & Sekuntum Mawar Merah, Sudirman – Milik Siapakah Gadis Ini & Bercanda Di Pasiran Pantai, Rahim Maarof – Istana Menanti, Hattan – Hani

Ekamatra – Sentuhan Kecundang, Spring – Sampai Hati

Search – Fantasia Bulan Madu & Wings – Sejati

Wings – Jaket Biru & Search – Pawana

 

Kembara:

Ekspress Rakyat, Hati Emas, Gerhana (Medley)

Gurindam Gunung Tahan        

Bikin Filem

Bukalah Hatimu

 

Hijab Kekasih

Mentera Semerah Padi

Sahabat Gua

Apokalips

Ada

Raikan Cinta

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!