NARATU

Naratu “Bersama Selamanya” Album Launch
Playspace, Damansara
20 May 2017

 

Dua jemputan pada tarikh ini, pening juga harus ke mana dahulu. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk ke Playspace sempena party pelancaran album “Bersama Selamanya”oleh band hardcore yang tak asing lagi kepada penggemar muzik bawah tanah di negara ini, Naratu .

Kami tiba sekitar jam 5, jam di mana acara sepatutnya bermula. Tapi fenomena biasa gig di Malaysia, takkanlah bermula on time. Hehe! Crowd yang hadir sudah mula membanjiri kawasan sekitar. Ada yang lepak di tangga, di kedai mamak, di kaki lima, dan sebagainya. Saya membelek belek barang barang jualan yang ada di luar venue. Tshirt, topi, cd serta poster Naratu, dijual secara berasingan dan ada juga dijual secara kombo. Berbaloi!

Left To Fight dan SOG adalah dua band terakhir yang membuat persembahan sebelum band yang diraikan mengambil alih pentas. Pada masa ini, lantai tari (tak tahu nak panggil apa, moshpit?) dah berbuih buih. Iyaaaa, tak tipu, memang berbuih. Kalau kasut kau bukan Macbeth (sponsor event…hehe), memang terlentang la jawabnya. Kalau nak ke acara macam ni make sure bunga tapak kasut masih tebal. Dah macam ice skating la hardcore kids tu semua.

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!