Iftar Ramadhan Universal Music Artis & Media 2017
19 Jun 2017
Concorde Hotel Kuala Lumpur

 

Jam telah menunjukkan 6.30 petang. Kami bergegas dari rumah menuju ke Concorde Hotel bagi memenuhi jemputan majlis berbuka puasa anjuran Universal Music. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan motor sahaja kerana rasanya sudah dapat diagak keadaan trafik Kuala Lumpur pada waktu begitu.

Oh, tapi tak juga lah. Jalan Kuching agak lengang dari biasa, wow! Baiklah, kami pun memulakan perjalanan dengan senang hati.

Oppsss…ku sangka lengang sampai ke Concorde, rupanya jam di tengah jalan. Lepas exit Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur mula menampakkan rupanya yang sebenar. Kenderaan sesak dari semua arah. Waktu berbuka pula sudah terlalu hampir.  Tiada pilihan, selit! “Leha” (nama motor boss)  mengaum di celahan kesesakan senja itu.

Ok sampai. Kami disambut mesra oleh pihak penganjur. Mujur sampai sebelum azan berkumandang, fuh! Dari pintu masuk kami sudah ternampak beberapa wajah yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Komposer muzik terkenal, Helen Yap antara yang pertama menyapa kami sebaik sahaja kami melangkah ke dalam dewan. Amat ramah wanita kecil molek ini.

Kami seterusnya melihat sekeliling mencari meja kosong. Kami disapa pula Afwan Restraint yang juga hadir bersama Hanafi Estranged serta beberapa lagi rakan mereka. Alang alang, kami memilih untuk duduk semeja dengan mereka. Barang kami letakkan di situ seterusnya kami ke meja buffet untuk mengambil makanan. Air diteguk dulu sebelumnya kerana telah masuk waktu maghrib. Alhamdulillah.

ESTRANGED

Makanan yang terhidang semuanya sedap sedap belaka. Rambang mata kami memilih. Selesai ambil makanan, kami kembali ke tempat duduk. Alamak, seat kami kena hijack lah pulak. Hmm, sedangkan barangan kami telahpun kami letakkan di situ sebagai penanda bahawa tempat itu telah bertuan. Perut menjerit minta diisi, kecil besar je penulis tengok mamat tu!

Tak mengapalah. Allah sentiasa memberi ganti yang lebih baik. Kami terpaksa berpindah ke meja sebelah, meja VVIP. Kami amat bertuah kerana berpeluang menjamu selera bersama para director Universal Music Malaysia. Saudari Kim Lim(New Business Director) Universal Music Malaysia, amat mengalu alukan kami di situ dan menyantuni kami dengan baik sekali. Sambil sesekali para pelayan datang dengan senyum manis sambil menawarkan lauk pauk serta kuih muih tambahan. Enak!

 

Selesai mengisi perut, kami ke buffet semula, mengambil air lagi lalu berjalan menuju ke meja di mana Izal One Buck Short berada. Nak bercerita panjang dengannya kata boss. Ada projek kah? Itu penulis sendiri pun tak tahu. Lol. Bersama sama di meja tersebut adalah Paan Bunkface dan vokalis One Buck Short sendiri, Mookie. Selang beberapa minit kemudian Sam dan Youk pula sampai dengan makanan masing masing. Lewat lantaran trafik yang teruk kata Sam.

BUNKFACE

Big yang bertugas sebagai emcee bagi acara tersebut aktif bergerak dari satu meja ke meja yang lain, sehinggalah sampai ke meja kami yang disifatkan sebagai meja paling ‘rock’ malam itu. Hahaha…pada waktu ini ramai yang bergerak ke surau bagi bersolat. Seterusnya, persembahan bagi menghiburkan para tetamu pun bermula dengan artis pertama pada malam itu, Ning Baizura yang anggun berkebaya merah. Beliau menyampaikan sebuah lagu raya, yang baru saja direkod dua minggu yang lalu katanya.

MODESCAPE

Turut membuat persembahan adalah sebuah band baru naungan label ini, Modescape. Muda remaja nampak semuanya. Back2Basixx serta lagenda rock tanah air, Amy Search, turut menjamu para hadirin dengan dendangan lagu raya. Pada malam yang bermakna ini juga, pihak Universal tidak lupa untuk meraikan sekumpulan anak anak yatim dari Rumah Anak Anak Yatim Darul Kifayah Kuala Lumpur.

BACK2BASSIX

Tugasan yang menunggu kami seterusnya malam itu memaksa kami beransur pulang segera. Setakat itu sahaja yang sempat kami bersama sama dengan semua yang hadir. Dalam perjalanan menuju pintu keluar, beberapa lagi wajah terkenal penulis berkesempatan temui, antaranya beberapa veteran industri seperti Uji Rashid, Herman Tino, Aman Shah, Band Putra, Zaiton Sameon, serta Fauziah Latiff.

NING BAIZURA

HERMAN TINO

UJI RASHID

FAUZIAH LATIFF

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekali lagi kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana menjemput kami berbuka puasa bersama. Semoga ikatan yang terjalin antara kita sentiasa harmoni dan manis manis sentiasa macam kuih raya..hehe…

 

Teks: Tommy Love
Foto: Lensa Ayid

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply