TONAWARNA

 

 

Kumpulan ini telah diwujudkan di Sitiawan, Perak pada penghujung 2009, selepas berlaku perpecahan daripada serpihan kumpulan kumpulan yang juga tertubuh dikalangan rakan-rakan mereka, iaitu Mel dan Fadel dari kumpulan Julie Love Rolls. Julie Love Rolls pernah terlibat di Soundstage  2006 yang telah dijuarai oleh Zip Zieller.

 

 

 

 Pada ketika itu juga pemilihan ahli-ahli kumpulanyang lain dilakukan untuk memenuhi ruang-ruang kosong agar ianya lengkap menjadi Tonawarna. Mereka lebih cenderung untuk memilih kawan-kawan lama yang masih bermain muzik serta masih aktif dengan mana-mana kumpulan sekalipun. Kini, mereka telah saling melengkapi bersama barisan pemuzik iaitu Mel (vokal dan gitar akustik), Man (vokal dan gitar elektrik), Epoi (bass).

Saya cuba juga mencari penyanyi yang baru untuk mengisi kekosongan ini melalui ujibakat yang dibuat, namun terasa semacam ada sesuatu yang tak kena.

Menurut Mel, tanggungjawab sebagai vokalis bukanlah kemahuannya yang paling utama, kerana peranannya sebagai seorang gitaris sudahpun termaktub semenjak dari band sebelumnya lagi. Lalu, mereka telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk tampil sebagai penyanyi utama, namun hasilnya adalah gagal. “Saya cuba juga mencari penyanyi yang baru untuk mengisi kekosongan ini melalui ujibakat yang dibuat, namun terasa semacam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin dari segi penyampaian yang tak begitu menepati jiwa rasanya. Lalu, saya pun mengambil keputusan untuk menyanyi sendiri. Sedap atau tidak, itu belakang cerita!” tegas Mel.

 

 

 
…kami mahu semua kaum, bukan setakat Melayu sahaja, tapi Cina, India dan lain-lain kaum dapat terima karya kami dengan baik. Macam dulu, sebagaimana mereka boleh terima karya Allahyarham P. Ramlee, Sudirman atau Search, semua kaum boleh sing-along lagu2 mereka”, jelas Mel.

Baca seterusnya dalam ROTTW 191

 


TEKS : MALIK  FOTO :  AMMAR AIZZAD

 

ROTTW191

ROTTW191