IMG_8722c copy

 

Pada tanggal 27 April 2014 gitaris terkenal dari Brazil, Kiko Loureiro telah mengadakan 1 sesi klinik gitar bertempat di dewan auditorium, Bentley Music di Mutiara Damansara. Kami mohon maaf diatas kelewatan menyiarkan temuramah ini. Bagaimanapun sila ikuti. Mungkin ada munafaat. Lawatan kali kedua oleh Kiko kali ini disambut dengan meriah dimana sesi yang berlangsung dalam 1 jam setengah itu dihadiri oleh peminat yang sudah lama menunggu kedatangan Kiko ke Kuala Lumpur. Agak penuh juga dewan pada petang itu, hampir penuh kerusi dalam dewan. Kiko Loureiro yang terkenal dengan kumpulan progressive metal iaitu Angra sudah lama menghasilkan bahan bahan pembelajaran gitar dan sememangnya sudah menjadi seorang pendidik yang disanjungi ramai. Karier solo Kiko juga sudah lama tertubuh dan semakin diterima ramai. Kiko juga sudah mempunyai gitar “signature” yang baru, apabila gitaris itu menandatangani perjanjian endorsement baru dengan Ibanez. Jadi sesi tour klink gitar ini juga untuk membuat promosi gitar “signature” baru Kiko.  Seperti biasa sesi klinik dimulakan dengan Kiko memainkan beberapa buah lagu dari album solo terbaru beliau, “Sounds of Innocence” seperti ‘Reflective’ dan ‘Gray Stone Gateway’. Persembahan Kiko diselang selikan dengan demonstrasi serta contoh-contoh tentang teknik dan gaya permainan Kiko, sambil menjawab soalan daripada penonton. Banyak juga kata-kata hikmah dan nasihat dari Kiko yang disampaikan kepada penonton, yang rata-ratanya memang gitaris. Pihak Bentley Music juga telah mengadakan satu pertandingan cabutan bertuah untuk penonton yang hadir pada petang itu. Gitaris tempatan, Rithan dari Deva Voodoo Spells juga telah dijemput untuk “jam” bersama Kiko dipentas. Jam bersama Kiko itu juga dengan tanda untuk mengakhiri sesi di pentas. Penonton kemudiannya telah dapat bertemu dengan Kiko untuk sesi tanda tangan ringkas di galeri music Bentley.

ROTTW telah berpeluang untuk bertemu dan menanyakan berberapa soalan kepada gitaris terkenal tersebut atas ehsan Bentley Music. Berikut adalah serba sedikit dari temuramah bersama Kiko untuk dikongsi bersama dengan gitaris tempatan.

Saya difahamkan anda kini menetap di Amerika Syarikat. Kenapa anda berpindah ke sana? Adakah ianya disebabkan oleh karier anda?
 Ya, sudah 2 tahun saya menetap di Amerika Syarikat. Dan ya, antara sebabnya ialah karier, tetapi saya juga memang mahu menetap disana. Tempatnya baik. Saya dulu tinggal di Eropah untuk seketika. Apabila kita sudah mula berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain, kita perlu teruskan usaha tersebut, untuk mengetahui benda-benda baharu. Kita jangan terkongkong dengan satu-satu persekitaran. Saya benar-benar seronok travel dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun saya masih mempunyai rumah di Brazil, tetapi saya tak perlu tinggal di situ. Kita perlu sentiasa bergerak.

Sebagai pemuzik, bagaimana anda mendapatkan inspirasi untuk muzik anda?
Macam-macam sebenarnya, tetapi selalunya inspirasi datang dari muzik yang selalu saya dengar. Muzik yang memang saya layan seumur hidup aku. Daripada muzik-muzik tu, semua elemen yang baik tu akan kita ingat. Otak kita akan register benda-benda yang best. Saya juga layan muzik dari Brazil. Budaya Brazil banyak menampilkan macam muzik yang menarik dan bagus. Selain dari itu, tempat-tempat yang saya pergi, benda-benda yang lihat… semua tu ada pertalian dengan inspirasi.

Boleh tak anda ceritakan sedikit, apakah itu Brazilian groove?
Pertama sekali Brazil ialah sebuah Negara yang besar. Muzik yang paling popular ialah muzik seperti bossa nova dan samba. Yang menariknya tentang muzik dari Brazil ni, ialah mengadungi kandungan pengaruh muzik dari Eropah dan muzik asli hamba-hamba disini. Bezanya terletak pada agama. Protestant tidak membenarkan alat-alat percussion dalam muzik, tetapi Katholik tidak pedulikan semua itu. Disebabkan alat percussion ini adalah penting dalam groove untuk setiap puak yang beza, apa yang terjadi ialah semua groove yang terbentuk berbeza dengan satu sama lain. Pengaruh serta elemen-elemen dari Barat, seperti harmoni, melodi, scales, sekali dengan alat-alat percussion yang dibawa yang kemudiannya digabungkan dengan pengaruh orang-orang tempatan. Itulah yang membuatkan Brazilian groove ni unik.

Pengaruh muzik dari Eropah juga ada perbezaan yang ketara. Bahagian negara Brazil yang dulunya dijajah oleh Sepanyol, contohnya. Muzik mereka mempunyai banyak elemen flamenco, sedikit elemen muzik Arab, yang digabungkan pula dengan percussion dari Africa. Dibahagian selatan Brazil pula yang dulunya dijajah oleh German dan negara-negara Eropah yang tua, groove dari sana pula berbeza. Jadi kombinasi-kombinasi ini membuatkan semuanya unik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana anda menggubah atau menghasilkan sesebuah lagu? Apa yang anda lakukan terlebih dahulu?
Kadang-kadang ianya boleh datang dari sebuah groove. Contohnya macam lagu ‘Mae D’Agua’, itu memang dari Brazilian groove. Lepas tu saya cuba mendapatkan melodi untuk letak diatas groove tu, dengan piano. Masa tu saya tinggal di Eropah, tengah-tengah musim sejuk. Jadi mood saya ketika tu macam suram, sedih, melankolik. Jadi itulah yang saya letak dalam lagu tu. Itu satu contoh. Lagu-lagu lain kadang-kadang dari gitar akustik. Kadang-kadang dari gitar elektrik dengan distortion, saya cuba nak dapatkan riff yang baik. Apa-apa idea yang datang, jalan dulu. Tetapi saya cuba untuk ubah dari sumber asalnya. Contoh, kalau idea tu datang dari gitar akustik, saya cuba mainkan idea tu pula di piano. Hasilnya akan berbeza, kita akan senorok dengan pendekatan tersebut. Idea yang lain juga akan datang dari situ.

Boleh ceritakan sedikit tentang gitar baru anda?
Ni ialah gitar baru saya, Ibanez Kiko100. Saya mahu membentuk sebuah gitar yang versatil. Dimana saya boleh memainkan riff-riff berat dan agressif, dan juga licks dan melodi untuk sebuah lagu balada. Saya cuba untuk mengenengahkan elemen-elemen moden Ibanez. Badan gitar ini menggunakan kayu alder dengan top dari maple. Profil leher gitar ini pula berbeza sedikit dengan Ibanez yang lain. Ianya tidak nipis seperti biasa, lebih kurang macam profil gitar Joe Satriani siri JS. Jadi hasilnya ialah profil leher yang lebar dan nipis, tetapi masih bulat dan tradisional untuk permainan biasa-biasa. Saya dan Ibanez banyak menghabiskan masa dalam merekabentukkan profil leher gitar ni. Ada juga extra cutaway dibahagian lower horn, untuk membuatkan pemain lagi mudah mencapai note-note di fret tinggi. Saya juga mengalihkan output jack dari tepi badan ke bahagian belakang gitar.

IMG_8768a

Baca seterusnya dalam ROTTW 191

 

TEMUBUAL DAN TEKS : ALEL HASHIM   FOTO :  ASH BAC

 

for links to register

ROTTW191