DSC_2911

RUMIE BOOTY

 

RUMIE BOOTY KESUMA

Mungkin tidak ramai yang kenal Rumie Booty. Saya pasti ramai dikalangan kalian tidak. Sedikit pengenalan dahulu. Beliau merupakan pengasas RUMIE MUSIC LAB(RML) bersama abang nya Alfa Booty. RML pula merupakan platform penyambong legasi darah seni yang mereka miliki. Pernah dengar kumpulan THE BOOTY BOYS? Mungkin tidak..Itu adalah kumpulan ayah ayah mereka. Ayah mereka Kesuma Booty berperanan sebagai pemain organ, piano dan trumpet dalam kumpulan itu. Saya pertama kenal dengan BOOTY BOYS pada tahun 66-68…kalau tak silap saya. Mereka main di perkahwinan bapa saudara saya di Balai Polis Campbell waktu itu. Berkelengkapan dengan diploma muzik serta audio dari institusi tempatan, mereka telah memainkan peranan penting dibelakang pembikinan banyak album ditanah air kita termasuklah Dato’ Siti Hurhaliza, Ella, Ning Baizura hingga lah keartis sirkit indie seperti Hujan, Grey Sky Morning, Flop Poppy, dan ramai lagi. Kita beri  perhatian kepada Rumie Booty sebagai pemain dram terpilih kali ini. Beliau merupakan pemain session dalam berbagai album. Banyak…untuk disebutkan disini. Pernah bekerja di berbagai studio serta menjadi penerbit didalam beberapa album. Pernah bermain di kelab malam dan juga pernah bermain dram bersama Flop Poppy dan Saturnine. Sila ikuti.

 

Abang Rom: Apabila kamu bercakap tentang tone dram, apakah yang dimaksudkan?
Rumie: Pendekatan dan kesesuaian teknik permainan dalam satu satu lagu.

Abang Rom: Adakah itu lebih kepada pengalaman seseorang pemain dram tu?
Rumie:   Susah nak cakap bang. Biasanya penerbitlah yang akan cakap pada sessionist. Sebagai contoh, “aku nak kau main lagu ni jangan tight sangat tapi kasi blues sikit, sustain, mute dan sebagainya”. Itulah tone yang saya maksudkan kat sini.

Abang Rom: Bila kamu mula bermain dram?Apakah jenis bahan yang kamu main pada masa tu?
Rumie:  Sejak umur 10 tahun. Masa tulah saya mula. Pada masa tu kebanyakkannya lagu Wings, semua lagu lagu yang Zahid Ahmad main pada masa tu. Masa tu zaman Wings, tahun 1988.

Abang Rom: Oh masa tu?
Rumie:  Ya masa abang ada kedai kat Komplek Wilayah tu, masa tulah saya baru keluar album dan mula main dram.

Abang Rom:  Masa tu Alfa baru mula naik. Masa tu siapa panduan kamu?
Rumie:  Zahid Ahmad la.

Abang Rom: Apa sebabnya?
Rumie:  Sebabnya sedap.

Abang Rom: Ok, bila kamu kata sedap tu apa yang sedap sebenarnya?
Rumie:  Cara dia buat arrangement satu satu lagu tu. Cara dia “nyanyikan” dram dia tu.

Abang Rom: Kamu masa tu sekitar umur 10 tahun saja, jadi apa yang kamu tahu tentang dram masa tu? Kamu dah kenal Zahid masa tu?
Rumie:  Kenal la. Masa tu dia (Zahid Ahmad) session  untuk Wings dalam album “Hukum Karma”.

Abang Rom: Kamu memang minat Wings?
Rumie:  Memang minatlah masa tu. Dan album mereka pula memang hit masa tu. Ekamatra pun saya minat dan Zahid Ahmad juga yang main. Yazid (Search) dah tentulah begitu juga dengan Man Dayak (Lefthanded). Masa tu nak dengar mat salleh memang susahlah.

Abang Rom: Kiranya masa tu mereka semua memang panduan yang melekat dengan kamulah? Dari aspek sedap tu, apa yang kamu boleh terjemahkan?
Rumie:  Nyanyian dalam drumming tu yang buatkannya sedap. Biasanya kita roll on tom tapi Zahid dia boleh roll lagu yang dia main kat snare dengan ride saja dan guna hi-hat sikit.

Abang Rom: Jadi apa yang kamu suka?
Rumie:   Nyanyian dram itulah. Nyanyian dram dia. Macam intro lagu Ekamatra “Sentuhan Kecundang” memang odd style dia tapi dengan beat 4/4.

Abang Rom: Odd dari segi?
Rumie: Dari segi bunyi melodi dia tu.. memang lain. Kita mungkin mula sebuah lagu tu dengan snare tapi dia mula dengan first tom.

Abang Rom: Cuba kamu terangkan sikit.
Rumie:  Biasanya bila kita roll, kita mula dari snare, hi-tom dan ke low-tom (membunyikan contoh drum roll). Melodi dia tu lain.

Abang Rom: Kalau dah macam tu, adakah drum tuning menjadi satu kriteria dalam teknik permainan dia?
Rumie: Antaranya.. sebab saiz tom tom, cara dia ketuk tu sendiri lain. Kalau biasa kita ketuk 1,2,3,4 tapi dia mungkin 1,3,2,4 dan kembali ke 1 balik. Macam tu lah kot kalau nak cakap.

Abang Rom:  Jadi kamu dah kenal benda benda macam tu masa kamu mula main dulu?
Rumie: Ya.

Abang Rom:  Saya pun pernah dengar Kidal (Man Kidal) kalau dia nak session untuk orang pun dia akan suruh tune dram ikut note. Bagaimana pula cara kamu tune?
Rumie:  Saya tune mula dari low ke high.

Abang Rom:  Tanpa kira apa note?
Rumie:  Ya..tanpa kira apa apa note.

Abang Rom:  Macamana kamu nak pastikan keserasiannya nanti?
Rumie:   Saya akan tune berdasarkan bunyi ride cymbal, attack cymbal mengikut pitch kesemua benda benda yang tak boleh di”tune” ni.

Abang Rom: Berbalik kepada pilihan sekarang ni. Bila kamu nak pilih peralatan, bagaimana dengan konfigurasi kamu?
Rumie:  Saya suka steel snare atau brass  snare yang tak bunyi kayu sangat.

Abang Rom:  Sebabnya?
Rumie: Snare jenis ni bunyinya lebih terang (brighter) yang ada sifat “attack“nya tu.

Abang Rom:  Tapi kalau dah bright tak susahkah nanti masa kamu nak “mellow”kannya?
Rumie:  Mungkin bunyi dari snare tu bright tapi dengan miking kita boleh tebalkan bunyi snare tu. Tapi sifat snare tu sendiri dah cukup EQ nya. Kalau kita guna tebal sangat pun, dekat akustik kita dengar direct rasa tak cukup juga “attack”nya.

Abang Rom:  Dalam pemilihan snare, apakah kriteria yang kamu guna? Kamu lebih suka brass sebab sifat”attacknya, selain tu kenapa kamu pilih brass?
Rumie:  Antaranya sustain, sebab dengan sustain yang panjang kita boleh damping, nak “ghost note“pun senang. Saya tak suka tight tapi nakkan bunyi yang loose saja. Mungkin sebab tulah ianya sesuai dengan steel kot.

Abang Rom:  Dalam permainan dram ni, ada tak satu universal tuning untuk semua lagu?
Rumie: Selalunya saya buat macam tulah, satu tuning untuk semua jenis lagu.

Abang Rom:   Tapi tak tepatkan?
Rumie: Betul. Memang susah nak tepat. Itu memang susah nak cakap la. Tu sebab ada beberapa series snare.. ada tighter snare dan loose snare ada 2 hi-hat. Macam tulah kita kena ada kalau nak main macam macam jenis muzik.

Abang Rom: Jadi snare steel atau brass kamu ni bersaiz 14” la?
Rumie: Ya 14”…dan saiz seterusnya, 10” atau 10” 12”.

Abang Rom:   Bagaimanakah pilihan simbal kamu sekarang ni? Bagaimana kamu pilih?
Rumie:  fast attack cymbal atau pun sustain.

Abang Rom:  Jadi sememangnya kamu ada pilihan tertentu atau mengikut kesesuaian lagu juga?
Rumie: Untuk lagu pop saya perlukan cymbal yang punyai ciri fast attack masa nak turun ke bawah tu (membunyikannya).

Abang Rom:   Kamu banyak buat persembahan live ?dan ada penaja tak?
Rumie:  Saya tak banyak buat persembahan live tapi lebih kepada sessi rakaman. Saya tak ada penaja. Bagi saya rakaman lebih senang sebab kita boleh dengar bentuk lagu lagunya dan tune dram mengikut kesesuaian lagu.

Abang Rom:  Siap boleh tweak lagi kan?
Rumie:  Ya siap boleh tweak lagi.

Abang Rom:  Tadi kamu kata, kamu punya crash 16” dan 17”? Apakah sebabnya?
Rumie:  Sebab nak pitch cymbal tu dekat dekat.

Abang Rom:   Tapi dari jenama dan model yang sama hanya saiz yang berlainan?
Rumie:  Ya dari jenama yang sama. Saya lebih suka begitu sebab saya tak nak left (crash) dan right (crash) kedengaran jauh berbeza. Ianya lebih kepada citarasa saya sebenarnya.

Abang Rom:   Bagaimanakah cara permainan kamu dengan setting sebegitu? (membunyikan contoh permainan dram).
Rumie: Bergantung pada pergerakan roll masa tu jugalah.

Abang Rom:   Katakanlah kamu ada masalah dengan tuning dram, bagaimana kamu padankan bunyi cymbal dengan tuning pada masa tu?
Rumie:  Saya set up dram saya mengikut cymbal saya…sebabnya kerana saya tidak punya pilihan cymbal yang banyak. Selepas set up cymbal saya, barulah saya akan padankan dengan pitch dari bass drum (kick). Ride dengan kick. Bila dah sedap disitu barulah ke floor tom.

Abang Rom:   Macamana  definasi sedap tu bagi kamu?
Rumie:  Bila dapat pitch yang melekatlah. Bila frekuensi antara low dan high tu melekat.

Abang Rom: Bila kamu rasa selesalah dengan bunyi tu?
Rumie:  Ya bila saya dah rasa selesa.

Abang Rom:  Lepas tu barulah kamu naikkannya mengikut saiz shell? Oh okay.
Rumie:  Kalau kita tune daripada atas ke bawah, hi-tom masih boleh di tune rendah tapi dengan low ni, ia adalah sebaliknya, tak boleh direndahkan lagi.

Abang Rom:  Sekarang ni kamu suka steel dan brass untuk snare tetapi bagi tom pula apakah jenis kayu yang kamu suka?
Rumie:  Maple.

Abang Rom:  Sebabnya?
Rumie:   Bunyinya bright. Tak fokus sangat.

Abang Rom:  Bukankah maple bunyinya lebih fokus?
Rumie:  Bunyi dari kayu birch lebih fokus.

Abang Rom:  Apa yang saya faham sekarang tone adalah daripada kayu, ketebalannya dan cara dram itu sendiri di tune. Apakah sumbangan edge bearing  pada sound dram? Kamu tahu kan apa itu edge bearing pada dram? Macam Pearl ianya lebih bulat.
Rumie:  Itu memang saya tak tahu sebab set dram saya ni teknologinya dari tahun 1994. Ketika pertama kali Tama keluar dengan siri StarClassic. Tak ada reinforcement pada tepinya. Dengan shell yang nipis…

Abang Rom: Oh nipis yer?
Rumie:  Ya nipis. Dengan 6 ply jadi memang memang nipis dan overtone memang kuat. Masa baru dapat shell tu memang susah nak tune jadi saya terpaksa jemurnya diatas bumbung dalam tempoh yang agak lama. Jemur supaya kering.(Semua ketawa)

Baca seterusnya dalam ROTTW 191

 

 

TEKS : IZWANI  FOTO :  JUNIOR

 

ROTTW191

ROTTW191