PERPETUAL

Mendengar sahaja judul album ‘Grind Your Mind’ sudah pasti pendengar dapat mengagak akan haluan muzik Perpetual yang begitu setia dengan muzik grindcore sejak dari penubuhannya pada tahun 1995. Perpetual dari Sabah yang dianggotai oleh Pijal (vokal), Zull (dram), Nasir (gitar), dan Zam (bass). Terdapat sesuatu yang menarik tentang karya terbaru mereka ini walaupun ianya mungkin dianggap oleh sebahagian pendengar sebagai suatu muzik yang biasa dimainkan oleh mereka. Ini adalah sebagai bukti pendedahan dan suatu penyampaian yang telus muzik perpetual tanpa menghiraukan perubahan muzik terkini. Begitu penuh dengan prinsip dan grindcore adalah seperti nyawa mereka..

 

 
Lagu “The Intruders” contohnya adalah penentangan kami terhadap pencerobohan dan kezaliman Sultan Kiram palsu di Kg. Tanduo Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Kami mahu pendengar bukan sahaja mendengar muzik kami tetapi mengajak berfikir tentang isu yang diketengahkan.

 

Akhirnya album pertama ‘Grind Your Mind’ berjaya diriliskan. Bagaimana feedback yang diterima dari pendengar?
Alhamdullilah album sulung ini berjaya diriliskan di bawah label kami sendiri iaitu The Noise Production setelah 19 tahun mengharungi suka duka di dalam dunia muzik ekstrim. Feedback yang diterima dari pengemar muzik grind dan ekstrim dalam dan luar negara amat menggalakkan dan ianya berbaloi. Terima kasih atas sokongan dan pembelian cd kami..kalian memang terbaik!

Album ini juga mengambil masa yang lama sejak rilisan terakhir perpetual split bersama Smersh (2005). Adakah pembikinannya mengambil masa atau kurang aktifnya dalam tempoh masa tersebut?
Sekitar tahun 2006 sehingga 2012 Perpetual agak sibuk atas komitmen kerja dan keluarga. Namun ianya tidak bererti kami sudah lenyap dari scene..sepanjang tempoh tersebut kami aktif bermain gig sekitar Sabah dan pembikinan lagu sehinggalah ‘Grind Your Mind’ diriliskan.

Apa yang dimaksudkan berdasarkan judul ‘Grind Your Mind’ tersebut dan apa yang ingin disampaikan?
Grind Your Mind’ simboliknya bermaksud hancurkan tembok yang menghalang minda untuk berfikir secara global..berfikir di luar kotak! Mesejnya banyak menyentuh tema berkaitan kemanusian, anti perang, politik songsang, erosi, dan tentangan terhadap tangan-tangan ghaib yang memusnahkan manusia dan bumi. Lagu “The Intruders” contohnya adalah penentangan kami terhadap pencerobohan dan kezaliman Sultan Kiram palsu di Kg. Tanduo Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Kami mahu pendengar bukan sahaja mendengar muzik kami tetapi mengajak berfikir tentang isu yang diketengahkan. Secara faktanya majoriti kumpulan muzik berat dan ekstrim di Malaysia membawa mesej yang positif yang perlu dijelaskan bagi mengelakkan prejudis negatif dilontarkan.

Adakah Perpetual berpuas hati dengan album ‘Grind Your Mind’ tersebut?
Kami berpuas hati dengan produksi sound dan fizikal output bagi album ini. Kredit kami berikan kepada mereka yang membantu. Sebenarnya produksi sound, studio, dan material tempatan kita boleh pergi jauh dan bersaing dengan produksi negara luar jika kita diberi pendedahan dan peluang yang maksima.

Apa yang kamu boleh perkatakan tentang perkembangan muzik Perpetual kini?
Perpetual sejak penubuhannya pada tahun 1995 sehingga sekarang tetap kekal dengan konsep grindcore. Tiada sebab untuk kami bertukar konsep semata-mata ingin mengikut peredaran zaman dan trend muzik atau mengejar pasaran. Kemajuan dalam muzik itu perlu tetapi hendaklah tidak terkeluar dari landasan dan identiti asal muzik yang diperjuangkan..kejujuran dan kesetiaan dalam bermuzik nescaya kita akan menjadi grindhead atau metalhead yang bersifat tegar..grind for passion not fashion!

 

 

 

IMPERIAL

Imperial telah meriliskan album ‘Transcendent Salvation’ pada tahun 2012 lepas. Ternyata penerimaan terhadap album tersebut memberi nafas dan semangat baru kepada mereka untuk meneruskan perkenalan muzik yang di label oleh mereka sebagai atmospheric progressive black death metal. Dianggotai kini oleh Zarim (gitar), Zam (Vokal), Yus (Bass), Matt (Kibod), dan G-Knight (Dram).

Imperial 2014

Setelah dua tahun usia ‘Transcendent Salvation ‘  telah menyajikan muziknya, Imperial masih aktif bagi memenuhi pentas gig sehingga kini. Beberapa pertanyaan mengenai mereka telah diajukan dan dimaklumkan Imperial baru sahaja selesai merakamkan lagu untuk sebuah kompilasi. Malah sebuah lagu dan judul dari demo kedua mereka ‘Emperor of The Hordes’ telah diberi nafas baru selari dengan perkembangan muzik Imperial kini. Berkemungkinan juga sebuah single juga bakal diriliskan dalam masa terdekat ini.

Jika dilihat Imperial gemar melakukan suatu eksperimen muziknya. Namun masih di bawah paksi atau ruang legar di dalam konsep yang sama. Ini telah dinyatakan oleh Zarim sendiri berkaitan hal tersebut dan merasakan Imperial sememangnya mengalami beberapa perubahan di setiap rilisan sejak di awal penubuhan lagi pada tahun 1993. “Kami akan lalui proses evolusi dengan setiap rilisan Imperial. Perubahan pasti ada untuk setiap rilisan akan datang kerana kami gemar bereksperimen. …

Baca seterusnya dalam ROTTW 191

 

TEKS : ALEY  FOTO :  PERPETUAL