Mr. Big, band yang terkenal dengan lagu hit “To Be With You” dan juga eksplotasi musician hebat seperti shredder tersohor Paul Gilbert dan pemain bass Billy Sheehan. Dan baru-baru ini ROTTW berpeluang menemu bual drummer Pat Torpey, sempena show mereka yang akan berlangsung pada 14th Oktober 2017 di Mega Star Arena, KL.

 

Rottw: Hai Pat, apa khabar. Maaf lah ganggu lewat macam ni.

Pat: Aku ok, dekat dah time tidur, tapi takdelah lambat mana.

Rottw: Aku difahamkan Mr. Big turun KL 14 Oktober ni, boleh cerita sikit pasal show akan datang ni?

Pat: Well…macam semua show kita, memang seronok sakan ah, rock and roll yang hangat melekit (melekit?), kita cuba main sebanyak lagu yang kita boleh selitkan untuk satu show, jadi semua yang datang akan rasa puas.

Rottw: Mr. Big turun KL jer ke? Ke show ni sebahagian dari Asian Tour?

Pat: Show ni sebahagian dari Asian Tour, kita akan merantau sana sini. Kita ada buat show kat US beberapa bulan yang lepas, dan minggu lepas kita baru jer balik South America. Dan lepas ni kita akan datang ke Asia pula.

 

Rottw: Selain dari KL, mana lagi negara yang korang melawat nanti?

Pat: Kita akan melawat Jepun, Malaysia, Indonesia, Singapura dan rasanya Filipina. Mungkin ada satu dua lagi tempat yang aku lupa, selalunya aku naik jer kapal terbang, lepas tu tanya “kita nak gi mana ni?” (gelak) Tapi kita cuba pergi sebanyak negara yang kita mampu, kita ada ramai peminat kat luar sana, kita cuba sedaya upaya main sebanyak yang boleh.

 

Rottw: Ni bukan kali pertama Mr. Big datang Asia Tenggara kan?

Pat: Kita dah banyak kali dah pergi Asia Tenggara, tiap kali negara lain-lain. Selalu juga lah kami pergi Asia Tenggara

 

Rottw: Daripada lawatan-lawatan sebelum ni, ada apa-apa pengalaman yang tak dapat dilupakan?

Pat: Macam biasalah, memang seronok bila orang datang tengok show kita, kenal lagu kita, menyanyi sekali dengan kita, memang seronok lah. Ada sekali ni, aku kena food poisoning masa di Indonesia, ada show.. time tu, memang sakit teruk, setiap kali Billy (Sheehan) main bass solo aku lari pergi bilik air, datang balik sambung main. Pengalaman yang tak berapa indah, tapi tu lah antara yang aku ingat. Masa tu aku ingat kita main dekat Pontianak. Aku ingat show tu pasal kita main betul-betul atas garisan khatulistiwa. Bagi aku, peristiwa tu memang cool ah.

 

Rottw: Tour ni untuk promote album terbaru, betul?

Pat: A’ah…. Defying Gravity.

 

Rottw: Bagaimanakah album ini berbeza berbanding dengan album-album sebelum ni?

Pat: Ada benda yang sama, ada benda yang lain, ada lagu baru, dan kita selalu ada inspirasi baru. Tapi masih sama dari segi keserasian antara ahli band. Cara kita buat lagu itu masih lagi sama, masih ada lagi feel dan bunyi klasik Mr. Big, ianya sebahagian dari kita, “dna” kita. Dari segi tu masih sama. Tapi pada masa yang sama, berbeza, pasal setiap sepuluh tahun masa berlalu, kita semua dapat pengaruh dan cara pendekatan yang berbeza, dan semua ahli selalu belajar benda baru. Jadi harap-harap, semua tu menyerlah dan bagi Mr. Big bunyi yang lagi fresh.

 

Rottw: Sebelum kita habiskan perbualan kita ni, aku just nak berkongsi kisah pertama aku dengar Mr. Big. Ada satu time tu, aku tengah tengok satu anime “Hellsing, biasanya bila sampai dekat hujung episod aku akan skip kredit dekat hujung tu. Tapi kali ni tak. Sampai hari ni aku ingat lagi drum intro untuk lagu tu. Aku search lagu tu, tengok-tengok band nama Mr. Big, tajuk lagu “Shine”. Aku pun kecoh cerita kat orang pasal Mr. Big. Tapi orang semua anggap aku pelik, “kau tak pernah dengar ke Mr. Big?”. Siapa Mr. Big ni? Tu lah kesah aku kenal Mr. Big.

Apa persaan nya bila ada generasi baru(saya lah tu..) yang mengenali Mr. Big melalui anime?

Pat: Dunia anime ni memang satu benda yang sangat luas, dan pengikut dia sangat ramai dan kita sangat lah gembira kita dapat ambil bahagian dengan budaya ni. Macam kau cerita lah, kalau kau boleh kenal kita melalui anime, berapa ramai lagi yang kenal kita dengan cara ni. Aku rasa benda ni memang cool.

 

Rottw: Sambil kita sambang pasal anime, aku nak tanya. Kau tengok anime tak?

Pat: Tak banyak. Aku ada anak remaja sorang, dia selalu tunjuk aku rancangan dekat TV, and aku pun kenal la apa tu anime.  Tapi aku ada kawan sorang, dia animator, dia takde lah buat Pokemon, dia sebahagian dari team yang buat Digimon. Dialah yang bukakan mata aku, kepada betapa besarnya budaya anime ni.

 

Rottw: Pat, kita dah bual agak lama dah, dah mula lari topik dah ni. Kita habiskan dekat sini. Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa dengan aku. Semoga yang terbaik untuk show di KL nanti. Mintak-mintak tak ada kes food poisoning kali ni.

Pat: Sama-sama. Aku pun mintak semua berjalan lancar.

 

Moga-moga kali ni tidak ada isu food poisoning, hanya rock and roll yang bertenaga sahaja. Bagi mereka peminat muzik, lebih lagi peminat Mr Big, jangan lupa dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my
atau hubungi talian 03 9222 8811

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEKS : HAKIM ROM