Perlancaran Single “Game Of Charades” Sophia Zuhri
Venue : Niccsmann By Lewre, The Starling Mall, Uptown Damansara
Tarikh: 30 Mac 2021

Jemputan ke sidang media perlancaran single kali ini, kemeriahannya di pihak kami, umpama jemputan ke konsert. Apa tidaknya, siding media pertama selepas pandemic melanda seantero dunia lalu memaksa kita berkurung sahaja di kebanyakan masa.
Tambahan pula, sebelum ke acara ini, kami sudah terlebih dahulu mendapat kesempatan mendengar sedikit sedutan lagu ini.
Refreshing!

Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut penulis semasa mula mula mendengar “Game of Charades” nyanyian gadis yang baru sahaja menginjak ke umur 17 tahun ini. Pemilik nama Sophia Zuhri ini telah mula berjinak jinak dalam penulisan lagu dan lirik seawall usianya 14 tahun lagi.
Inilah antara sebab, komposer terkenal Ajai, menyambut baik pelawaan untuk berkolaborasi.
“I can see myself in her” ulas Ajai apabila ditanya mengapa “Sophia”. Ajai turut memulakan karier seninya seawal usia itu.
Seperti ramai maklum, Ajai biasanya hanya akan menerbitkan hasil karya cipataannya sendiri sahaja. Tak keterlaluan jika kita labelkan beliau sebagai sedikit “cerewet” dalam hal ini. Namun katanya, apabila karya Sophia sampai ke tangannya, beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk bersetuju bagi kerjasama.
“Saya rasa Sophia mempunyai keistimewaan sendiri” ulasnya lagi dan beliau menyifatkan Sophia sebagai seorang singer-songwriter yang mampu pergi jauh atas tiket keistimewaan serta kelas nya yang tersendiri.
Anak muda yang masih di bangku pengajiannya di London itu berkata, untuk rilisan kali ini, kesemua lagu adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun tidak menolak kemungkinan akan mengeluarkan lagu serta album berbahasa Melayu pula pada masa akan datang.
Sophia merupakan seorang pelajar pintar serta menguasai beberapa lagi bahasa asing selain Bahasa Melayu dan Inggeris. Sedikit sebanyak hal ini mempengaruhi beliau dalam penulisannnya. Walaupun meminati music bergenre R&B secara amnya, Sophia turut mengakui meminati kerja kerja seni pemuzik lewat 60 dan 70an seperti John Lennon.
“Ini antara yang menarik tentang Sophia. Seorang penulis lagu yang baik, boleh menulis lagu bukan sahaja dalam apa yang diminati sahaja. Penulis lagu yang baik mampu menghubungkan seninya dengan apa jua jenis muzik, dan menulis dengan baik” tambah Ajai lagi.
Mungkin ramai yang tidak maklum bahawasanya Ajai pernah menerbitkan beberapa lagu Inggeris juga sebelum ini, untuk beberapa artis dari dalam dan luar negara. Namun kesemua lagu tersebut adalah lagu hasil ciptaannya sendiri. Berbeza dengan kerjasamanya dengan Sophia.
Bercakap mengenai lagu lagu hasil karyanya, Sophia berkata biasanya ianya berdasarkan pengalaman sendiri ataupun melalui pemerhatiannya terhadap keadaan dan kejadian di sekelilingnya.
“Saya akan tulis tentang sesuatu yang menyentuh perasaan saya biasanya. Tak kiralah samada dialami sendiri atau dialami oleh orang lain. Saya akan cuba memetik ukulele atau menyanyikannya terus ke telefon bimbit,” jawabnya sambil senyum manis.
Gadis pemalu dan masih amat muda remaja. Penulis bersetuju dengan ajai, memang boleh pergi jauh.
Single pertama ini sudahpun berada di Youtube. Kalau saya jadi tuan tuan, sekarang juga saya dengarkan “Game of Charades”.
Penceritaan yang dekat di hati semua, dari kacamata gadis muda namun matang, diiringi melodi indah.
Takkan menyesal.
Terima kasih buat pihak penganjur atas jemputan ini.

Teks : Tommy Love
Foto : Junior/Tommy Love

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!