Lokasi : Drum Asia, Kota Damansara

Tarikh : 31 Mac 2021

“Refreshing. Good to see someone is taking it to the commercial level. Hopefully dapat menjadi pesaing yang sama hebat bagi kategorinya di peringkat global,” Abang Rom.

Satu lagi jemputan sidang media yang amat dinantikan oleh penulis secara peribadi. Semakin berumur ni, muzik yang bercirikan tradisi dan asli memang mendapat tempat di hati ini.

Sebelum membuka laporan, penulis ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pihak penganjur dan venue, yang mematuhi SOP sebaik mungkin. Selain alat pengimbas suhu serta QR code yang terdapat di pintu masuk, kerusi kami para media juga diletakkan berjarak satu meter antara satu sama lain. Kudos!

Semasa muzik pembuka dipasang, dan visual memaparkan kehidupan masyarakat Kelabit di Sarawak, tidak dapat tidak saya dapat merasakan auranya seakan akan muzik yang sering  terpasang di rumah. Ada mood Sona Jobarteh, atau Rokia Traore ketika ini. Bezanya, Alena berjuang dengan sape beliau, dan mereka memainkan alat tradisi mereka, “Kora”.

Sedapnya perasaan ini. Damai.

Pernah melihat Alena di sosial media sahaja sebelum ini, tak sabar menanti wanita cantik ini muncul di depan mata. Tak lama setelah emcee membuka acara, Alena yang diiringi band nya muncul dari belakang pentas.

Cantiknya dia!

Wanita berdarah campuran ini pasti akan memukau setiap mata yang memandang, apatah lagi berdiri dengan senyuman manis, disamping sape, dan pakaian tradisional orang Dayak, saya perlu katakan Alena punyai pakej lengkap.

Penulis difahamkan, sepanjang career beliau, selain bergerak secara independent, Alena banyak mendapat sokongan dari beberapa badan serta pertubuhan. Antara pendukung kuatnya termasuklah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak.

Alena turut terlibat dengan projek “Roads To Our Heritage” bersama sama dua buah band iaitu Estranged dan Stonebay. Projek yang menarik, bertujuan memperkenalkan perihal masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya pembuatan alat muzik mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Alena mengambil inisiatif yang amat penting dan berjiwa pada hemat penulis, apabila meletakkan sebuah lagu Bahasa Kenyah dan empat buah lagu Bahasa Kelabit, di dalam Sky Songs (di samping dua single yang baru dilancarkan, “Gitu’an” dan Meno’ , sebuah instrumental dan sebuah lagu Inggeris) sebagai memperkenalkan bahasa yang semakin pupus penggunannya di Malaysia ini.

Alena memainkan beberapa buah lagu dari albumnya kali ini. Macam kata saya tadi, moodnya, damai. Dan penuh “tenaga” yang, bukan membuatkan seseorang itu terkinja. Bukan tenaga yang itu, namun tenaga yang…lain. Sukar pula mahu menukar apa yang difikirkan ini ke dalam perkataan.

Serious bukan mahu memancing rasa teruja anda bagi mendapatkan album ini (walaupun ianya sangatlah digalakkan), namun memang saya tidak dapat menceritakan dengan terperinci tentang mood dan “tenaga” Sky Songs. Anda perlu mengalaminya sendiri.

Album ini sepertimana album album kini, boleh didapatkan dengan menekan beberapa punat di hujung jari sahaja. Terdapat di semua platform digital bermula Mei 2021. Dan kepada yang old school seperti saya, boleh memesan cd fizikal juga kaset di Tandang Store (www.tandangstore.com)

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!