NIDJI

Love, Fake & Friendship

8 Mei 2017
The Bee, Publika.

Lima tahun adalah suatu tempoh masa yang lama juga saya rasa. Bagi Nidji, tempoh itu sememangnya sedang elok sahaja, untuk mereka mengumpul material material baru serta mengusahakan buah tangan mereka yang paling baru ini. Bukan juga sengaja mahu fans menunggu lama, namun hasil yang bagus sememangnya memakan masa, seperti kata Giring tadi, sama juga dengan perihal wain katanya, makin diperam makin sedap.

Berita baik buat Nidjiholic semua, Nidji mempersembahkan “Love, Fake & Friendship” buat santapan telinga anda semua yang dah lama menanti! Suka tak?

Dalam album kelima ini, 12 buah lagu telah dimuatkan ke dalamnya. Beberapa trek telahpun dijadikan runut bunyi bagi beberapa naskah hebat di Indonesia. Selain daripada itu, album kali ini juga menampakkan banyak kolaborasi mereka dengan nama nama hebat republik itu seperti pemuzik senior Guruh Soekarno, yang sebelum ini semua karyanya menjadi pujaan bagi kumpulan Nidji sendiri. “Energi” merupakan buah tangan mereka bersama, sebuah lagu yang disifatkan sebagai eksotik, serta mendalam.

Masa vokalisnya, Giring, bercerita tentang band teman mereka di Malaysia iaitu Estranged, saya berkira kira sendiri, mungkin Nidji akan cover salah satu lagu mereka, untuk showcase mereka tadi. Dan tidak terlintas di fikiran saya, lagunya mungkin “Hancur Aku”, sebuah lagu yang saya kira berjaya juga. Sekurang kurangnya berjaya dalam erti kata menembusi selera masyarakat kita, apatah lagi dengan kolaborasinya bersama si cantik, Fazura.

Memang iya, Nidji cover lagu “Hancur Aku”, dan ianya juga termuat sama dalam album terbaru mereka ini. Dengan susunan lebih segar dan bertenaga bagi saya, sememangnya Nidji tidak mengingatkan kita langsung bahawa ini lagu sadur. Bunyi yang sangat ‘Nidji’, dengan “vibe” yang lain. Saya suka! Salah seorang producer muzik yang terlibat dalam penyusunan semula lagu tersebut ialah Irwan Opung.

Nak tahu sedap atau tak, dapatkan album terbaru mereka ni, ok? Oh ya, 11 Mei ini mereka akan berada di Kilang Bateri, Johor Bharu bagi mini konsert mereka. Tiket berharga RM80 boleh didapati di jooxlivenidji.peatix.com atau secara luar talian iaitu di lokasi lokasi yang terpilih termasuk Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri sendiri.

 

Teks: Tommy Love

 


No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply

error: Content is protected !!