Zahid Ahmad

 

“INSPIRASI SAYA?…. SURVIVAL…!
YOU HAVE TO SURVIVE!”

Zahid Ahmad, bagi yang kuat mendalami muzik tanah air, nama ini sinonim dengan muzik jazz & fusion. Bagi yang kurang mengenali Zahid Ahmad beliau adalah seorang session drummer yang pernah bermain dengan ramai artis tersohor Malaysia, antaranya , Dato’Sheila Majid, Zainal Abidin, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Album yang mengambil masa 10 tahun untuk dihasilkan. Dibina dengan asal prinsip muzik jazz, sambil diwarnai irama muzik melayu. Walaupun Zahid Ahmad adalah seorang drummer, jangan salah anggap bahawa album ini dipenuhi drum solo panjang-panjang dan meleret-leret (bukannya tidak ada, ada! Tapi bertempat), komposisi setiap lagu menunjukkan kefahaman dan penghayatan yang sangat mendalam terhadap muzik. Setiap instrument diberikan peluang untuk menonjolkan bunyi masing-masing tanpa mengganggu feel lagu.

Dan bertuah buat kami, pada 31 Julai 2017 ROTTW telah dijemput untuk menghadir pelancaran album “Tuk Tak Mana Melayu Nya” di Warisan Sound Studio. Semua yang hadir juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan pertama Zahid Ahmad Project. Diiringi musician yang dasyat-dasyat, mereka telah mempamerkan persembahan yang berjaya menggerak dan menggegarkan jiwa.

“..this is about generasi yang baru sekarang ni lah…mungkin dorang sebenarnya….
bukan dorang jer…..kita pun…

my generation pun dah lost….kita pun tak tau kat mana melayu kita..”

 

Setelah lama muzik tanah air dibelenggui imitasi murahan dan dihantui zaman-zaman tok nenek yang kurang memberangsangkan, percubaan dari Zahid Ahmad ini sangatlah refreshing, dialu-alukan dan perlu dibanggakan. Zahid Ahmad dan albumnya ini menunjukkan masih ada lagi ruang untuk muzik Malaysia berkembang dan masih banyak lagi kita perlu dalami dan hayati untuk kita ketahui apa itu bunyi muzik Malaysia.

 

TEKS: HAKIM ROM

 

No comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Reply