DAMIA

Sedang meneliti audio temuramah yang dilakukan ke atas band ini, macam – macam perkara yang dibualkan serta nasihat dari ‘chief’ berkenaan hala tuju dan masa depan kumpulan ini. Maka mulalah penulis menyelidik sikit demi sedikit perihal kumpulan ini di laman sosial. Pencarian bermula di Google, menghasilkan beberapa pautan berkaitan mengenai aktiviti kumpulan ini sehinggalah terjumpa sebuah video di Youtube yang memaparkan slide gambar berlatarbelakangkan lagu kumpulan ini.

Agak menarik apa yang dihasilkan mereka dan pada bahagian komen terdapat satu petunjuk yang penting. ‘Nice’ dari Abang Rom memberi satu makna bahawasanya beliau telah melihat potensi kumpulan ini dan dari situlah temuramah serta artikel ini terjadi. Soroti kisah mereka seterusnya tanpa rasa ragu akan masa yang kalian luangkan…

Jika diteliti pada nama Damia, pandangan pertama sesetengah orang mestilah “female fronted” atau “all- women band“. Jika ada yang lebih psikdelik fikirannya, mungkin teringat ia datangnya dari perkataan “makadamia” dan mungkin genre yang dimainkan lebih kepada Pop/RnB atau yang seangkatan dengannya… Salah! Jauh dan tidak berkaitan langsung frasa – frasa ini. Kumpulan yang berpusat di Ampang dan Cheras ini terdiri dari 4 orang jejaka iaitu Zabbe (gitar/kibod), Yed (vocal), Nazri (gitar) dan Roy (bass).

Bermula sekitar tahun 2010 yang lepas seperti yang tertera di laman Facebook mereka, namun sejarah kumpulan ini bermula lebih awal lagi iaitu di tahun 2004 dimana masing-masing masih lagi bersekolah. Hanya pada tahun 2005 karya pertama mula ditulis setelah giat bermain cover dari kumpulan yang mereka minati.

Bernadikan Post Rock/ Experimental, kumpulan ini membariskan Meet Uncle Hussein, Butterfingers, Monoloque dan Oh Chentaku sebagai rujukan dalam penghasilan lagu – lagu mereka. Dan untuk mendapatkan perisa luar negara, Mew, Radiohead, Foo Fighters dan Nirvana menjadi pilihan mereka untuk menghasilkan apa yang mereka mahu. Namun jika didengar lagu “L.O.F.A”, mereka cuba menerapkan nilai moden di dalam muzik melayu bawaan mereka dan sudah pasti ia kedengaran lebih segar dan tidak terikat dengan irama tipikal yang sering dikaitkan dengan lagu – lagu berbahasa melayu.

Mementingkan respon pendengar tetapi tidak lari dari subjek mereka, Damia cuba untuk mencipta sesuatu yang dapat memberi win-win-situation. Ujar mereka perkara ini bukanlah mudah, ia memerlukan penelitian serta…

Baca seterusnya dalam ROTTW 191

 

 

 

     TEKS : ZAKU  FOTO :  JUNIOR

 

 

for links to register

ROTTW191