Wujud kontroversi dengan Cupumanik di Indonesia kerana di sana peminat muzik tidak bersetuju kami mendefiniskan grunge sebagai rock kotor. Mereka mengatakan “Kenapa perlu menggunakan rock kotor? Grunge itu sudah bermaksud kotor.”
Bagi mereka grunge di Asia Tenggara sedang mengalami kebangkitan tatkala tempat kelahiran genre ini, Seattle semakin hambar sambutannya. Mereka juga sebuah band yang mementingkan komuniti grunge di Indonesia sehinggalah terbentuk suatu festival grunge yang berskala nasional di sana. Sebuah kolaborasi mega yang tujuannya hanyalah satu iaitu melahirkan sebuah muzik yang berakar nasional dan berakal internasional.
Abg. Rom: Kamu katakan genre kamu grunge tetapi grunge yang bagaimana? Kebanyakan budak grunge ini merujuk kepada Seattle grunge. Jadi ke manakah arah atau kiblat anda? Seattle juga?
Cupumanik: Ya tetapi bukanlah sebagai kiblat. Kami hanya mengadaptasi muzik dari Seattle kerana kami dahulu bermain di café. Kami banyak memainkan lagu yang berbunyi Seattle seperti Nirvana, Pearl Jam dan Mudhoney.
Abg. Rom: Tetapi Indonesia adalah sebuah negara yang besar dan pengikut yang ramai. Kenapa tidak menghasilkan bunyi grunge anda sendiri? Kenapa nak ikut mereka di barat? Biarlah grunge barat dengan bunyi mereka sendiri.
Cupumanik: Apabila kami berkata tentang muzik Seattle, kami merujuk kepada adaptasi sahaja.
Abg. Rom: Okay apabila anda hanya katakan ia sebagai adaptasi, adakah anda menggunakan mereka juga? Tuning mereka juga?
Cupumanik: Sekarang kami tidak bawa cd. Nanti Abang Rom boleh dengar dan bandingkan bunyiannya. Memanglah kami gunakan nama grunge tetapi bahannya bukan sepenuhnya grunge. Namun elemen dan kotor-kotornya masih ada tetapi kami juga tidak berteriak seperti Kurt Cobain. Jika kami bercerita tentang bunyian kami mungkin Abang Rom tidak tahu material kami seperti apa. Mungkin elok jika dengar dahulu album kami kemudian membuat kesimpulan tentangnya.
Abg. Rom: Daripada dahulu saya berfikir. Setiap band mempunyai peluang untuk berada dalam scene indie ini. Mereka ada peluang untuk mencorakkan bunyi mereka sendiri tetapi kenapa mereka masih mahu mencorakannya dengan bunyian Seattle juga? Patut menari dengan nada anda sendiri la.
Cupumanik: Kami mahu melakukan itu juga.
Abg. Rom: You’re my friend,hahaha. (Cupumanik: ketawa). Kita ni besar sebenarnya. Kadangkala saya kecewa. Kalau kita mahu original kita kena lihat pada diri sendiri. Kita rujuk kepada barat kerana mereka cipta seluruh scene dan industri itu. Tetapi sudah tiba masa masing-masing memperdengarkan karya sendiri. Kenapa bazir masa menaikkan bendera orang sedangkan kita boleh menaikkan bendera sendiri? Anda punya citarasa dan cerita sendiri. ‘Mat Salle’ itu dari zaman dahulu datang ke Indonesia dan main gamelan kita. Contohnya Carlos Devadip Santana. Kita di sini pula mahu jadi mereka pula. Hahaha. Kita kalah disitu. Sudah tiba masanya. Kamu semua kan boleh bermain. Kamu semua punya jiwa, bakat dan perasaan sendiri sekarang. Kamu semua sudah besar. Saya cabar kalian(ketawa)
Cupumanik: Hahaha!
Abg. Rom: Tiada benda untuk didengar lagi. Saya mahu mendengar siapa diri anda semua. Selagi kamu ada bunyian ekstrak dari sana, anda belum lagi berjaya mencipta bunyian sendiri.Sebagai permulaan anda boleh bunyi seperti Sepultura, Nirvana dengan alasan landasan pembukaan jalan. Tetapi seterusnya anda mesti menjadi diri sendiri.
Kalian ada dua album. Adakah terdapat persamaan album pertama dengan kedua?
Cupumanik: Album pertama dan kedua sebenarnya sangat berbeza. Dalam album pertama kami banyak menulis tentang takdir kerana kami tidak percaya akan konsep kebetulan. Kami tidak meremehkan perkara kecil yang berlaku dalam hidup. Dalam album kedua pula kami banyak menulis tentang respon kami terhadap zaman. Respon saya terhadap politik negara yang merosot misalnya. Cinta kami terhadap grunge pula sangat besar hingga kami menulis sebuah lagu berjudul “Grunge Harga Mati”. Maksudnya jika anda mahu mengambil grunge daripada kami, anda perlu membunuh kami dahulu. Itu istilah sahaja. Penulisan lirik untuk album kedua ini lebih responsif daripada album yang pertama. Bahkan kami punya istilah sendiri untuk grunge.
Wujud kontroversi dengan Cupumanik di Indonesia kerana di sana peminat muzik tidak bersetuju kami mendefiniskan grunge sebagai rock kotor. Mereka mengatakan “Kenapa perlu menggunakan rock kotor? Grunge itu sudah bermaksud kotor.” Mereka protes dengan istilah itu tetapi kami mengistilahkannya dengan rock kotor mengikut identiti kami sendiri. Kemuncak perjuangan kami ialah mengadakan sebuah pesta grunge yang dinamakan Rock Kotor Fest di Indonesia. Rock kotor akhirnya akan menjadi satu istilah baru di Indonesia.
Abg. Rom: Adakah kamu akui Neil Young ialah “godfather” of grunge?
Cupumanik: Sebenarnya terdapat beberapa pertanyaan seperti siapakah “godfather” grunge di dunia? Neil Young tidak pernah mengakui bahawa dialah godfather of grunge. Bahkan Kurt Cobain pun tidak pernah mengaku bahawa dia grunge. Dia mendakwa bahawa dia seorang punk rock. Jadi saya suka dengan Mud Honey. Saya sukakan Kurt Cobain dan Nirvana tetapi dari segi penyataan muzik saya sukakan Mud Honey kerana mereka berani mengatakan bahawa mereka grunge. Sepertimana seorang Muslim menyatakan syahadahnya, saya sukakan kenyataan yang digunakan oleh Mudhoney. Cupumanik di Indonesia juga berani menyatakan bahawa kami grunge. Jadi jika ditanya siapakah bapa grunge, saya akan menyatakan Mark Arm(vokalis Mudhoney) kerana dia berani menyatakan bahawa dia grunge dan itu amat penting sebenarnya.
Malik ROTTW: Lagipun Eddie Vedder yang bagi gelaran godfather of grunge kepada Neil Young.
Abg. Rom: Siapakah godfather of grunge di Indonesia?
Cupumanik:Ewan Falls. Kembali kepada kenyataan kami sebentar tadi. Kenapa gelaran grunge itu sungguh penting buat kami? Grunge itu mempunyai masalah yang sama di dunia. Ketika Eddie Vedder dan Nirvana tidak menyatakan bahawa mereka itu grunge, komuniti grunge di Seattle tidak berdiri dengan teguh di sana.
Abg. Rom: Ya penyataan identiti itu tidak penting. Muzik ini terbuka. Pengkarya ialah orang yang menggabungkan gelombang terpilih dan disusun supaya sedap didengar serta diiringi dengan nada dan irama. Sebentar tadi kamu ada bercerita tentang lirik. Kamu menyebut tentang politik negara. Kenapa tidak menulis tentang perkara yang lebih besar? Sekarang sudah akhir zaman! Hahahahaha! Cantumkan cerita yang didengari dan insiden yang dilihati. Lihatkan kesudahannya bagaimana. Saya rasa itu lebih menarik.Hahahahaha..Politik itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan hidup kita di akhir zaman ini. Saya rasa kita patut luaskan pandangan kita terhadap realiti yang berlaku di sekeliling kita. Realiti dan kesakitan serta semua perkara yang menunggu kita. Buat sesuatu dalam tempoh masa hidup kita yang pendek ini. Saya rasa itu akan menambah nilai dalam hidup kita.
Cupumanik: Dalam perjalanan ke sana, kami memerlukan pendengar. Sekarang kami sedang mengumpulkan pendengar agar kami boleh menyuarakan perkara ini kepada ramai orang.
Abg. Rom: Kenapa anda ambil masa yang cukup lama untuk album kedua? Sepuluh tahun!
Cupumanik: Pertamanya kerana kami berdepan dengan birokrasi untuk berpisah dengan label dahulu secara baik. …………………..
Baca seterusnya dalam ROTTW 191
TEKS : IZWANI TEMUBUAL: ABG ROM FOTO : JUNIOR