{"id":50077,"date":"2026-05-08T02:26:07","date_gmt":"2026-05-08T02:26:07","guid":{"rendered":"https:\/\/rottwofficial.com\/?p=50077"},"modified":"2026-05-08T02:33:54","modified_gmt":"2026-05-08T02:33:54","slug":"majlis-tertinggi-ella-rockqueen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/rottwofficial.com\/?p=50077","title":{"rendered":"MAJLIS TERTINGGI                                    ELLA ROCKQUEEN"},"content":{"rendered":"<p><strong>SIARAN MEDIA<\/strong><\/p>\n<\/p>\n<p><strong>Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Edisi 60 Permata Biru<\/strong><\/p>\n<p><em>\u2018Homecoming\u2019 Utara bakal menyatukan Ahli-Ahli Majlis dalam sambutan penuh legasi, dibawakan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen.<\/em><strong><u><\/u><\/strong><\/p>\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 5 MEI 2026<\/strong> \u2013 Sebuah sidang media khas diadakan pada hari ini bertempat di Odeon Kuala Lumpur bagi mengumumkan penganjuran konsert <strong>Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming <em>Edisi 60 Permata Biru <\/em><\/strong>yang bakal berlangsung pada <strong>25 Julai 2026<\/strong> ini di <strong>Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan<\/strong>. Pengumuman ini menandakan kesinambungan kepada kejayaan luar biasa edisi terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah berjaya menghimpunkan lebih 55,000 penonton, sekali gus membuktikan pengaruh berterusan Ella dalam industri muzik tanah air.<\/p>\n<p><strong><u>Kepulangan Bermakna Ella Ke Negeri Kelahiran<\/u><\/strong><\/p>\n<p>Edisi Pulau Pinang ini membawa dimensi yang lebih peribadi apabila ia bukan sekadar sebuah konsert berskala besar beliau, tetapi juga simbol kepulangan Ella ke negeri kelahirannya. Bertepatan dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada bulan Julai, konsert ini dijangka menjadi sebuah detik penuh emosi yang menghubungkan perjalanan seni beliau selama hampir empat dekad dengan tempat asalnya di Utara tanah air.<\/p>\n<p>Momen \u201c<em>homecoming<\/em>\u201d ini bukan sahaja signifikan buat Ella sendiri, ibarat sirih pulang ke gagang ia juga amat dinanti-nantikan oleh para peminat dan penggemar setianya di wilayah tersebut yang telah lama menyokong perjalanan karier beliau. Dalam masa yang sama, konsert ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila Ella bakal menjadi artis pertama yang menganjurkan konsert solo di stadium berkenaan,&nbsp; yang turut dikenali sebagai \u201cStadium Batu Kawan\u201d.<\/p>\n<div class=\"wp-block-image is-style-default\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-683x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-50079\" srcset=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-683x1024.jpeg 683w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-200x300.jpeg 200w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-768x1152.jpeg 768w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-1024x1536.jpeg 1024w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-1365x2048.jpeg 1365w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-220x330.jpeg 220w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-400x600.jpeg 400w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/IMG_6754.JPG-scaled.jpeg 1707w\" sizes=\"(max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><figcaption>ella<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<p><strong><u>Konsert Dengan Mesej: Peace. Love. Rindu.<\/u><\/strong><\/p>\n<p>Lebih daripada sekadar persembahan dan hiburan, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella terus berkembang menjadi sebagai sebuah platform yang membawa mesej yang lebih besar buat masyarakat. Melalui kempen Peace. Love. Rindu., konsert ini mengajak para peminat untuk turut sama menjadi sebahagian daripada usaha memberi kembali kepada komuniti. Setiap pemegang tiket akan diberi peluang untuk mengundi badan kebajikan pilihan mereka, iaitu <strong>Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang<\/strong> bagi kategori <strong>Peace<\/strong>, <strong>Yayasan Kebajikan Negara (YKN) <\/strong>bagi tema<strong> Love<\/strong>, dan <strong>Yayasan Kebajikan Artis Tanahair<\/strong> bagi <strong>Rindu<\/strong>. Sebanyak <strong>RM2 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada kebajikan yang dipilih<\/strong>. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan penganjur dan artis untuk menggabungkan elemen hiburan dengan tanggungjawab sosial, sekaligus mewujudkan pengalaman yang lebih bermakna buat semua yang terlibat.<\/p>\n<p><strong><u>Akses Lebih Luas, Pengalaman Lebih Dekat<\/u><\/strong><\/p>\n<p>Selaras dengan aspirasi inklusif konsert ini, harga tiket ditawarkan serendah <strong>RM39<\/strong>, satu langkah yang mencerminkan komitmen penganjur untuk memastikan pengalaman ini dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan peminat. Inisiatif ini turut diperkukuh dengan peluang akses awal kepada pemegang tiket Aras 3 terdahulu di Majlis Tertinggi Rockqueen Kuala Lumpur. Sebagai ahli terhormat, mereka akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan tiket lebih awal bermula pada <strong>8 Mei 2026<\/strong>, selain menikmati diskaun istimewa bagi kategori tertentu. Jualan tiket umum pula akan dibuka secara rasmi pada <strong>11 Mei 2026<\/strong> menerusi website www.hitmanlive.com.<\/p>\n<p><strong><u>Visi Penganjur &amp; Suara Ratu Rock<\/u><\/strong><\/p>\n<p>Menurut <strong>En. Rohit Rampal, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Hitman Group<\/strong>, penganjuran konsert ini merupakan usaha strategik bersama <strong>Rockqueen<\/strong>.<\/p>\n<p>\u201cKami melihat Majlis Tertinggi Rockqueen sebagai satu gerakan yang melangkaui konsert semata-mata. Ia adalah sebuah pengalaman yang menyatukan peminat melalui muzik, emosi dan mesej yang dibawa. Membawanya ke Pulau Pinang membolehkan kami mendekatkan pengalaman ini kepada peminat di wilayah Utara, dan dalam masa yang sama membuka ruang kepada lebih ramai untuk menjadi sebahagian daripada \u2018Ahli Majlis Tertinggi\u2019,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, <strong>Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin <\/strong>turut menyifatkan konsert ini sebagai refleksi kepada perjalanan seninya yang panjang serta platform untuk terus berkongsi nilai yang dipegangnya.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan bahawa sambutan ulang tahun ke-60 serta hampir empat dekad dalam industri muzik memberikan makna yang mendalam terhadap penganjuran konsert ini, yang dilihat sebagai medium untuk terus menyuarakan mesej Peace.Love.Rindu.<\/p>\n<p>Kepulangan ke Pulau Pinang juga disifatkan sebagai satu momen yang sangat dekat di hati, kerana ia bukan sahaja membawa beliau kembali ke tempat asal, tetapi juga mendekatkan dirinya dengan peminat setia yang telah menyokong perjalanan karier seninya sejak awal.<\/p>\n<p><strong><u>Rakan Strategik<\/u><\/strong><\/p>\n<p>Konsert ini turut mendapat sokongan daripada rakan media dan penyiaran utama, iaitu Era FM, Sinar FM, Mix FM dan Lite FM sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak bertindak sebagai rakan media digital.<\/p>\n<p>Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +6012-2655783 atau emelkan ke <a href=\"mailto:concerts@hitman.group\">concerts@hitman.group<\/a>.<\/p>\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-style-default\"><img loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-50084\" srcset=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-300x200.jpg 300w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-768x512.jpg 768w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-220x147.jpg 220w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/ERQ-15-400x267.jpg 400w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SIARAN MEDIA Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Edisi 60 Permata Biru \u2018Homecoming\u2019 Utara bakal menyatukan Ahli-Ahli Majlis dalam sambutan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":50078,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"ngg_post_thumbnail":0},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50077"}],"collection":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=50077"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50077\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":50087,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50077\/revisions\/50087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/50078"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=50077"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=50077"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=50077"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}