{"id":50150,"date":"2026-05-13T05:13:20","date_gmt":"2026-05-13T05:13:20","guid":{"rendered":"https:\/\/rottwofficial.com\/?p=50150"},"modified":"2026-05-13T05:13:22","modified_gmt":"2026-05-13T05:13:22","slug":"radja-25-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/rottwofficial.com\/?p=50150","title":{"rendered":"RADJA 25 TAHUN"},"content":{"rendered":"<p><strong>SIARAN AKHBAR<\/strong><\/p>\n<\/p>\n<p><strong>Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini<\/strong><\/p>\n<p class=\"has-text-align-center has-luminous-vivid-orange-color has-text-color\"><em>Konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa buat penonton, <\/em><br \/><em>termasuk persembahan tribute unik dua DJ profesional wanita dari Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan lagu-lagu Radja dalam susunan muzik elektronik\u00a0 lebih segar dan moden.<\/em><\/p>\n<p><strong>JAKARTA, 12 MEI 2026:<\/strong> Kumpulan popular Indonesia Radja bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, <strong>Konsert Revolusi Radja 25 Tahun <\/strong>yang akan berlangsung di <strong>Stadium Hoki Bukit Jalil<\/strong> pada <strong>11 Julai 2026<\/strong>.<\/p>\n<p>Konsert anjuran <strong>DHYAH PROD7CTION <\/strong>bersama<strong> INFINITY LOVE CREATIVE VENTURES<\/strong> ini diadakan khas sempena meraikan perjalanan 25 tahun Radja dalam industri muzik Nusantara, sekali gus menjadi simbol penghargaan buat para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni mereka sejak dahulu hingga kini.<\/p>\n<p>Selepas mencipta fenomena menerusi Konsert RadjaWali yang berlangsung pada awal Januari tahun ini, kemunculan semula Radja ke Malaysia kali ini pastinya lebih dinantikan. Lebih istimewa, konsert ini merupakan sebuah persembahan solo penuh yang memberi fokus sepenuhnya kepada kekuatan muzik, vokal dan identiti sebenar kumpulan tersebut.<\/p>\n<p>Peminat bakal disajikan dengan deretan lagu popular seperti <em>Cinderella<\/em>, <em>Jujur<\/em>, <em>Benci Bilang Cinta<\/em>, <em>Takkan Melupakanmu<\/em>, <em>Manusia Biasa<\/em>, <em>Jangan Sakiti Aku<\/em>, <em>Aku Ada Karena Kau Ada<\/em> dan banyak lagi yang telah menjadi siulan ramai selama lebih dua dekad.<\/p>\n<p>Lagu-lagu seperti <em>Cinderella<\/em>, <em>Jujur<\/em> dan <em>Manusia Biasa<\/em> sememangnya dianggap sebagai antara \u201csignature songs\u201d Radja yang sentiasa menjadi kemuncak setiap persembahan live mereka. Tidak dinafikan, lagu-lagu ini juga terus kekal relevan dan dekat di hati peminat pelbagai generasi.<\/p>\n<p>Untuk <strong>Konsert Revolusi Radja 25 Tahun <\/strong>nanti, para peminat pastinya menantikan detik nostalgia yang membangkitkan semula era kegemilangan band muzik yang dianggotai Ian Kasela selaku vokalis utama, Moldy (gitaris \/ komposer utama), Adit (pemain bass) dan Seno Aji (pemain dram) sekitar awal 2000-an, yang ketika itu menjadi fenomena besar dalam industri muzik serantau.<\/p>\n<p>Wakil penganjur, Mubarak Akhtar Mohd Aris, berkata konsert ini merupakan peluang terbaik buat peminat yang merasakan persembahan Radja dalam Konsert RadjaWali sebelum ini tidak mencukupi untuk menikmati pengalaman sebenar menyaksikan kumpulan tersebut beraksi dalam format konsert penuh.<\/p>\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-style-default\"><img loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"769\" src=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-1024x769.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-50153\" srcset=\"https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-1024x769.jpg 1024w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-300x225.jpg 300w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-768x576.jpg 768w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-1536x1153.jpg 1536w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-2048x1537.jpg 2048w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-220x165.jpg 220w, https:\/\/rottwofficial.com\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/FZM00710-400x300.jpg 400w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<p>\u201cBagi peminat Radja yang masih belum puas menyaksikan persembahan mereka ketika Konsert RadjaWali pada Januari lalu, inilah peluang terbaik untuk hadir dan menikmati persembahan Radja secara eksklusif dalam konsert solo mereka sendiri,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Tambah Mubarak lagi, konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa buat penonton, termasuk persembahan tribute unik oleh dua DJ profesional wanita dari Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan lagu-lagu Radja dalam susunan muzik elektronik yang lebih segar dan moden.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini DJ wanita dari Indonesia yang sudah mengesahkan penglibatannya di dalam konsert ini adalah Nathalie Holscher dan beliau adalah salah seorang DJ yang sedang meningkat naik namanya di negara republik ini.&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cWalaupun diberi pembaharuan dari segi susunan muzik, identiti asal serta kekuatan emosi setiap karya tetap dikekalkan, sekali gus menawarkan pengalaman persembahan yang lebih moden, bertenaga dan relevan dengan citarasa penonton masa kini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menambah bahawa konsert ini akan menjadi lebih istimewa dengan kemunculan beberapa penyanyi jemputan dari Malaysia yang akan diumumkan dalam masa terdekat, sekali gus menambahkan lagi nilai eksklusif kepada acara berprestij ini.<\/p>\n<p>Sementara mewakili Radja, Ian Kasela berkata, Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati kami sejak awal perjalanan seni Radja. Setiap kali kami membuat persembahan di sini, sambutan yang diberikan peminat sentiasa luar biasa dan penuh kehangatan.<\/p>\n<p>\u201c<strong>Konsert Revolusi Radja 25 Tahun <\/strong>ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu perjalanan emosi yang meraikan 25 tahun muzik, kenangan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada para peminat kami di Malaysia dan seluruh Nusantara.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak sabar untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berkongsi malam yang penuh nostalgia ini bersama anda semua. Ini adalah hadiah istimewa daripada Radja untuk semua peminat setia kami,\u201d jelasnya.&nbsp;<\/p>\n<p>Secara keseluruhannya, <strong>Konsert Revolusi Radja 25 Tahun <\/strong>dijangka menjadi sebuah malam penuh nostalgia, emosi dan energi yang bakal mengubat kerinduan peminat terhadap persembahan solo kumpulan legenda tersebut, serta mengukuhkan lagi kedudukan Radja sebagai antara nama besar dalam industri muzik Nusantara.<\/p>\n<p>Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, kategori harga serta barisan penuh persembahan akan diumumkan di laman sesawang rasmi:&nbsp; <a href=\"https:\/\/www.airasia.com\/movetix\/en-gb\/\">https:\/\/www.airasia.com\/movetix\/en-gb\/<\/a> dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SIARAN AKHBAR Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini Konsert ini turut menjanjikan beberapa<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":50151,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"ngg_post_thumbnail":0},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50150"}],"collection":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=50150"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50150\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":50154,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/50150\/revisions\/50154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/50151"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=50150"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=50150"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/rottwofficial.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=50150"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}