
MUZIK, SOLIDARITI, DAN SUATU PERJUANGAN!
Pada 21 Ogos 2024 lalu bertempat di Garage Space, Ampang Uncure telah mengadakan sidang media bagi bakal showcase mereka pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio. Uncure mempertaruhkan muzik Oi, street rock, dan ska kini dianggotai oleh Anaz (gitar), Taiyuddin Bakar (vokalis), Hakim (bass), dan Macik (dram). Mereka mempersembahkan dua buah lagu secara medley berjudul ‘Bersama Selamanya’ dan ‘Palestin! Hak Yang Dinafikan‘ sebagai pengenalan kepada media yang hadir. Ramai yang menyedari akan penglibatan Taiyuddin di dalam kumpulan ini. Beliau merupakan seorang pelakon teater dan filem kini sebagai penyanyi. Menariknya ia melibatkan sebuah kumpulan Skinhead. Beliau sebenarnya pernah terlibat di dalam scene muzik underground tempatan bersama kumpulan The Innocent. Baginya penerimaan budaya skinhead di Malaysia semakin diterima berbanding dahulu. Tidak perlu menyamakan apa yang dibawakan di luar. Cukuplah sekadar menerima kelebihan dan kekurangan dan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pertemuan Taiyuddin bersama Uncure sebagai suatu takdir. Malah telah dipelawa oleh Anaz untuk menjadi vokalis tetap kumpulan ini. Anaz pula merupakan bekas bassist kumpulan ACAB. Menurutnya lagu Uncure sebenarnya sudah lama dicipta ketika ia bersama ACAB lagi. Lagu-lagu yang diciptanya tidak diperdengarkan dan Uncure telah kembali mengimprovisasi bersama-sama memberi nafas baru dengan arrangement yang lebih matang, bebas dan bereksperimen sebolehnya. Bakal meriliskan Ep berjudul ‘Palestin! Hak Yang Dinafikan’ sebagai single mereka yang kini boleh di dengar di platfom digital. Selain itu Ep ini juga akan memuatkan lagu ‘Bersatu‘, ‘Bersama Selamanya’, ‘Bengang‘, dan ‘Oh Makcik‘.
Showcase tersebut bakal menyajikan gimik berdasarkan pengalaman masing-masing diantara muzik dan lakonan. Menurut Taiyuddin, Uncure mahu membawa lebih luas muzik mereka untuk didengari juga mesej solidariti terhadap Palestin dan berdakwah didalam muzik. Showcase ini juga mendapat kerjasama dari ONZ management dan Persatuan Inspirasi Muallaf. Pengerusinya Muhammad Roger Arnold menyatakan ini kali pertama mereka bekerjasama dengan sebuah kumpulan muzik sebagai antara jalan berdakwah. Ianya suatu yang baru baginya dan peluang ini tidak akan dilepaskan kerana ianya juga adalah usaha yang murni dan perlu diberi sokongan.
Ini adalah showcase yang diusahakan oleh mereka sendiri dan turut menampilkan DJ Soul Boss yang turut membuat persembahan.
Ayuh datang ke showcase ini dengan mendapatkan tiket berharga Rm89 (early bird), rm100 (normal). Jualan tiket ini juga akan disumbangkan kepada Kedutaan Palestin Malaysia. Pembelian tiket ini akan disertakan kad, lanyard, dan CD Uncure terbaru. Kalian boleh juga menghubungi 0133616440 (Rara) untuk sebarang pertanyaan atau melayari facebook Uncure.
TEKS : ALEYFOTO : ALEY