RISE OF THE ROACH
: REUNION MILLENNIAL MALAYSIA, DARI SEMENANJUNG HINGGA BORNEO TAKLUK IDEA LIVE ARENA PADA 29 MAC 2026 UNTUK PAPA ROACH.
Selepas penantian selama tiga dekad, ikon nu-metal, Papa Roach, akhirnya menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Idea Live Arena, Petaling Jaya secara rasminya menjadi saksi sejarah apabila unit nu-metal lagenda, Papa Roach di Konsert ‘Rise of the Roach’ semalam bukan sekadar persembahan muzik tetapi ia adalah sebuah mesin masa yang membawa ribuan peminat kembali ke era kegemilangan nu metal sambil membuktikan mereka masih relevan di era moden.
Memang satu pemandangan yang sangat istimewa bila Idea Arena bertukar menjadi pusat perjumpaan besar-besaran atau reunion untuk komuniti rock dan metal tanah air. Suasana luar venue itu sendiri sebenarnya sudah separuh daripada pengalaman konsert tersebut.

Langkah kaki terhenti bila nampak lautan hitam mula membanjiri kaki lima Idea Arena. Ini bukan sekadar barisan penonton, ini adalah perhimpunan rakan seperjuangan. Kami nampak ramai kawan-kawan lama, wajah-wajah yang biasanya kita jumpa di gig underground celah stor atau studio sekitar Lembah Klang dan Borneo kini duduk bersila di kaki lima, melepas lelah sambil berkongsi cerita.
Ada yang berdiri tegak, sabar menunggu giliran untuk bergambar depan poster gergasi Papa Roach. Bukan sekadar sekeping gambar untuk media sosial, tetapi sebagai trofi bukti “Aku masih ada di sini selepas hampir 30 tahun berada dalam scene.”
Apa yang buat rasa terharu adalah apabila melihat kelibat figura-figura penting dalam industri kita turut sama turun padang. Bukan duduk di zon VIP yang eksklusif dan terasing, tapi ada yang sama-sama berbaur dalam crowd.
Sempat juga nampak kelibat Harith Iskander yang nampaknya turut terkena demam nu-metal. Namun, kehadiran “otai” dan “hero” daripada scene underground tempatan seperti unit hardcore Restraint (Mizan), unit rock Love Me Butch (Jana Nair), serta pejuang Nu Metal seangkatan era Papa Roach seperti Naratu, dan juga tidak ketinggalan unit metal Daarchlea, memberi satu signal jelas iaitu Papa Roach adalah salah satu band yang menyatukan kita semua tanpa mengira sub-genre.

Paling gila dan paling respect, terserempak dengan ramai kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak. Mereka bukan datang dari Cheras atau Shah Alam; mereka terbang melintasi laut semata-mata nak jadi saksi sejarah malam itu.
Semangat “Borneo Rockers” memang tak pernah padam. Kehadiran mereka membuktikan bahawa muzik tak pernah kenal sempadan geografi. Kalau jiwa dah rock, sejauh mana pun venue, mereka tetap akan sampai.
Sebelum raungan gitar elektrik memecah kesunyian malam, Idea Live Arena terlebih dahulu digegarkan dengan putaran oleh ikon hip-hop tempatan, DJ Fuzz. Sebagai ‘opening act’, beliau bukan sekadar memanaskan pentas, beliau membakar semangat ribuan peminat dengan adunan muzik Hip-Hop dan Nu-Metal zaman awal 2000-an.
Setlist semalam adalah campuran antara nostalgia zaman sekolah dan lagu-lagu moden Papa Roach. Tidak ketinggalan juga dengan lagu-lagu cover era Nu Metal seperti lagu daripada Korn, Limp Bizkit dan sebagainya.
Bermula dengan lagu “Even If It Kills Me“, Lagu yang menjadi simbol perjuangan kesihatan mental ini ternyata menjadi titik pertemuan paling intim antara Papa Roach dan peminat mereka di Malaysia.

Sewaktu riff gitar pembukaan “Kill The Noise” bermula, Jacoby Shaddix dilihat memberi isyarat tangan untuk membelah penonton di Rock Zone. Anda tahu dunia akan huru-hara buat seketika. Tetapi itulah keindahannya. Di tengah-tengah rempuhan lagu ini, penonton bukan sekadar melanggar satu sama lain tetapi sedang berkongsi satu semangat yang sama.
Lagu “Scars” menjadi sesi sing-along paling kuat dalam arena. Lagu ini dipetik daripada album Getting Away with Murder (2004) dan merupakan lagu yang paling dinantikan untuk sesi sing-along.
Versi akustik untuk “Leave a Light On (Talk Away the Dark)” juga sangat menyentuh hati disaat seluruh penonton diam sejenak untuk penghormatan kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita atas asbab kesihatan mental.
Sudah tentu, tiada cara lain untuk tamatkan konsert melainkan dengan “Last Resort”. Seluruh arena melompat sampai rasa bergegar lantai! Mereka juga ada selitkan sedikit tribute lagu Korn, System of A Down dan Limp Bizkit dalam medley mereka.
Kalau ada satu perkara yang boleh membunuh vibe konsert rock, adalah sound yang “kelaut”. Tapi untuk malam Rise of the Roach, Papa Roach Live di Kuala Lumpur, PA system di Idea Arena nampaknya berada di tahap yang agak memuaskan. Sebagai pengunjung yang sudah biasa dengar bunyi pecah di gig stor dan bunyi bergema di hall, venue, konsert Papa Roach kali ini boleh didengari jelas di dalam setiap video yang diambil semasa konsert.

“Secara keseluruhan saya amat seronok dengan konsert Papa Roach Live In KL tempoh hari. Venue yang sangat selesa dengan kapasiti yang luas. Sound system juga cukup memuaskan. Konsert bermula pada jam 8.30pm. Performance daripada Papa Roach cukup bertenaga dan energetic daripada mula sampai habis dengan visual yang menarik. Walaupun tak follow up dengan lagu-lagu atau album terkini Papa Roach tapi still enjoy dapat dengar secara live lagu-lagu hits daripada album pertama “Infest” yang cukup menggamit memori zaman remaja tahun 2000 seperti Last Resort, Between Angels And Insects dan Dead Cell. Cuma sedikit kecewa sebab mereka tidak bawakan lagu dalam album “Lovehatetragedy” yang merupakan album favorite saya macam She Love Me Not, Time And Time Again dan lain-lain. Juga menarik perhatian ramai bila mereka bawakan encore lagu cover daripada band lagenda Nu Metal seperti “KoRn – Blind”, “Deftones – My Own Summer”, “Limp Bizkit – Break Stuff” dan “System Of A Down – Chop Suey”. Siap ada moshpit ya!! Pada keseluruhannya semuanya mantap untuk setlist selama 1 jam lebih Papa Roach Live In KL!”
Secara keseluruhannya, untuk ulasan teknikal, ada sedikit feedback pada awal persembahan, tapi krew teknikal berjaya selesaikan dengan cepat. Secara keseluruhan, sound jelas dari setiap sudut venue konsert semalam.
Komen Ardy gitaris Naratu, band legend Nu Metal tempatan.
“Secara keseluruhan aku enjoy gila. Venue selesa, kapasiti luas.
Performance Papa Roach memang energetic dari mula sampai habis.
Walaupun aku tak berapa follow sangat album baru, tapi still enjoy dengar
lagu hits macam ‘Last Resort’ & ‘Between Angels And Insects’.
Cuma sikit kecewa la dorang tak bawak lagu album ‘LoveHateTragedy’ macam
‘She Loves Me Not’. Tapi paling menarik bila dorang bawak encore lagu cover
KoRn, Deftones, Limp Bizkit & SOAD. Siap ada moshpit ya! Overall mantap untuk setlist sejam lebih!”
Ardy (Gitaris Naratu).
>Oleh : Tracy





