GERHANA SKA CINTA
“SKA PARTY @ THE BEE”
18 NOVEMBER 2017
SUPPORTING BANDS;
- SKUDAP SKUDIP
- JBOSS REGGAE
- THE RIDDIM BOIS
- BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG
“Motion ..cantik seperti biasa..,
alive, dan kita boleh rasa so connected to the band.
Jadi, semuanya nampak flawless sahaja,
stage presence yang amat kuat.
Apa yang boleh dikatakan….!”
Sebuah acara yang dinanti nanti ramai. Sebuah band yang tak jemu ditonton. Gerhana Ska Cinta .
Hujan amat lebat melanda Kuala Lumpur pada hari tersebut. Hasrat asal mahu ke Drum Asia terlebih dahulu sebelum ke The Bee pada lewat petangnya. Namun, kita hanya merancang, Tuhan lah yang maha menentukan. Kami terkandas.
Setelah hujan agak reda, kami terus sahaja ke The Bee, Publika untuk berparti sakan bersama Gerhana Ska Cinta. Sayang seribu setengah kali sayang, kami terlepas Skudap Skudip, dan Budak Nakal Hujung Simpang.
Namun seperti kebiasaan, mereka akan tetap datang menyantuni boss, Abang Rom. Baik dan sopan budak budak ni semua. Like!
Jboss Reggae sedang menghiburkan para pengunjung yang berdansa di depan pentas. Namun pada ketika ini lantai tari agak lengang sedikit. Ini kali pertama saya menonton Jboss Reggae. Boleh tahan, boleh bikin kau goyang joget joget jugak lah. Keep it up guys!
Riddim Bois dari Ipoh pula mengambil alih pentas. Wow, saya sukalah. Happening betul mereka ni. Pada waktu ini lantai tari dah agak penuh. Yang berada di luar dah mula ada “kesedaran” untuk masuk. Ha…..hampir full house dah masa ni. Dengar katanya crowd harini bukan sahaja dari KL dan sekitarnya sahaja, ada yang datang dari jauh untuk GSC. Ini baru betul support.
Kita terus sahaja ke review watak utama.
Ok. Masa kelibat Edy dan rakan rakan memenuhi pentas pun crowd dah excited bukan main (memenuhi secara literal ya, memang penuh, tak percaya kau tengok lah gambar, LOL)
Ramai muka baharu lah saya baru perasa…tak salah aku di horn section. Tapi semuanya nampak “kena” dan somehow menambah seri dan vibe GSC. Tapi kan, mana kak Widy? Padd keseorangan hari ini. Tahu bahawa memang crowd tengah hairan kemana hilangnya kak Widy, Padd menyampaikan khabar gembira bahawa kak Widy baharu sahaja melahirkan bayinya yang ketiga dan masih di dalam confinement.
Wow! Tahniah kak Widy!
Pelbagai lagu lagu original yang kita siul siulkan dimainkan mereka, samada lagu original mereka mahupun lagu saduran. Crowd memang dah menggila skanking di depan stage memenuhi lantai tari The Bee. Paling menarik, di tengah persembahan, kak Widy tampil ke pentas. Surprise!!!
Demi kesemua fans GSC yang tak jemu menyokong, walau tak kuat sepenuhnya, kak Widy masih mahu hadir bertemu mereka semua. Awwww….
Sound? Keseluruhan, fine, cuma ada sedikit masalah teknikal, feedback dari mikrofon dimana kemungkinan disebabkan oleh kekangan masa melakukan soundcheck. Namun, disebabkan performance yang sempurna, you tend to overlook the problem tau.
Motion ..cantik seperti biasa.., alive, dan kita boleh rasa so connected to the band. Jadi, semuanya nampak flawless sahaja, stage presence yang amat kuat. Apa yang boleh dikatakan….!
Superb. Oneness.
TEKS: TOMMY LOVE
FOTO: ISKANDARAYOI