April 25, 2025

2017 Minutes Non Stop Busking

 

 

 

Longest Non Stop Busking Performance

NATIONAL ART GALLERY

25-26 NOVEMBER 2017

2017 Minutes Non

Stop Busking

34 JAM BUSKING

68 KUMPULAN!

 

 

 

Busking?

Merriam Webster – A person who entertains in a public place for donations

Cambridge English Dictionary – to play music or sing in a public place so that the people who are there will give money

Mykamus.com – seniman jalanan, pelakon atau pelawak yang selalunya menunjukkan kebolehan mereka di tepi jalan raya, dan lain-lain.

 

Ok, di atas ada beberapa tafsiran menurut beberapa sumber.

Pada hujung minggu lalu, iaitu pada tarikh 25 dan 26 November 2017, maka tersematlah nama Malaysian Buskers Club

di dalam Malaysia Book of Records. Kami di pihak ROTTW selaku rakan media acara tersebut amat berbesar hati dapat

turut serta dalam sebuah acara bersejarah ini.

Tahniah!

Kepada penganjur dan semua buskers serta street entertainers yang terlibat secara langsung atau tidak.

Sebelum kita ke laporan ringkas acara tempohari, disediakan buat anda di sini sedikit bingkisan berkenaan kelab dan acara ini, istimewa kami dapatkan dari tuan presidennya sendiri. Terima kasih tuan Wady Hamdan.

Ceritakan secara ringkas tentang Malaysian Buskers Club (MYBC).

MYBC ditubuhkan pada sekitar Disember 2012. Bergerak sebagai satu persatuan untuk menaiktaraf aktiviti busking dan kerjaya buskers. MYBC secara rasmi adalah di bawah sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan. MYBC kini mempunyai 13,000 ahli di seluruh Malaysia.

Tentang acara yang baru berakhir di Balai Seni Negara baru baru ini, siapakah di sebalik pembikinannya, maksudnya, idea asal etc.

Idea “2017 Minutes Non Stop Busking” adalah bertujuan untuk berekspresi “Terima Kasih” kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perkembangan aktiviti busking setelah transformasi yang dilakukan selama 5 tahun menampakkan hasil. Buskers kini secara asas telah diterima dengan cukup baik di peringkat nasional, sokongan kerajaan dan pihak swasta yang positif, satu kerjaya yang memberi pendapatan yang baik serta membentuk pembangunan ekonomi generasi belia. Sebagai satu simbolik penutup tahun 2017 untuk busking non stop selama 34 jam dan diiktiraf sebagai “Longest Non Stop Busking Performance” menerusi Malaysia Book Of Records. Idea ini oleh saya sendiri dan dilaksanakan oleh team MYBC dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena program KL Biennale 2017.

Perancangan seterusnya?

Perancangan…MYBC sedang merangka pembangunan produk pelancongan yang dinamakan Malaysian Buskers Village, iaitu satu pusat one stop untuk buskers dalam dan luar negara berkumpul dengan segala kemudahan sedia ada dan persembahan street art pada setiap hari. Lokasi masih lagi dalam perbincangan dengan pihak kerajaan. MYBC akan menganjurkan “East Asia Buskers Camp 2018” pada tahun hadapan dengan berkonsepkan jamboree buskers peringkat asia tenggara dengan penglibatan buskers dari negara jiran untuk berkampung selama 3 hari 2 malam di sebuah pulau peranginan negara.

Wow….sebuah perancangan yang hebat. Diharapkan semua perancangan dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai segala objektif yang disasarkan.

Ok, berikut pula adalah pendapat Abang Rom sendiri mengenai event tempohari.

“Saya suka, kerana ia jadi sebuah tempat perjumpaan orang orang lama, orang baru, malahan yang saya tidak pernah ketemu sekalipun. Exciting. Ia terasa seperti sebuah mini festival walaupun kehadiran tidaklah terlalu ramai. Iyalah, it’s a non stop event kan!…34jam terus. Well, what can you say, it’s in the Malaysia Book of Records! Dari segi teknikal pula, memang bukan di tahap terbaik. Namun, pasti boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang,” Abang Rom.

Bagi saya pula, memang memuaskan. Dapat jumpa group rap Nico dah cukup buat tidur malam tu lena…hahaha…dari saya kecil sampai sekarang, mereka tak berubah. Awet muda. Zul Handy Black serta kumpulan Assalam Buskers nya juga turut menyertai acara ini. Havoc walaupun berjubah ok! Seronok!

Baiklah, nampaknya itu sahaja daripada kami buat masa sekarang. Nikmati gambar gambar menarik sekitar acara yang kami sediakan untuk anda. Assalamualaikum.

TEKS: TOMMY LOVE
FOTO: MYBC

ADEGAN SEKITAR ACARA

DJ ARIE
FEEK
FIREBOY

 

 

 

 

 

 

 

FTS
GERAK 21
GETJOGET

 

 

 

 

 

 

INDRA
JK BUSKERS
JOM BUSKERS
KIMI
KITA BERDUA
KKSY
MAISARAH
MEOR
RAZAK AI
RETMELO
RONNY
SODOX
WATI CLOWN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

142OH
ALEEM
ALONG
AP BUSKERS
ASSALAM
CAKIAL
CHORS BUSKERS
DAVID MEHRE

 

 

 

EYELITZ
AYAWAN
TOMMY & NICO

 

error: Content is protected !!