Flop Poppy “Rest Of My Life”
18 Years Reunion Showcase
Tarikh : 1 September 2018
Lokasi : Panggung Asia, Setor Gombak
Saya mencari kata pembuka yang sesuai untuk artikel saya kali ini dalam masa agak lama. Akhirnya, saya buka sahaja begini. Sebab, macamana bunga sekalipun pembuka kata, tak dapat menggambarkan betapa girangnya hati sejak dari hari pertama mengetahui tentang showcase ini.
Iya, anda membaca ini daripada salah seorang peminat mereka.
Kami sampai di Panggung Asia agak lewat. Ini adalah kali pertama kami ke sini. Venue baru yang agak besar dan sering menjadi lokasi pilihan para organizer kini. Ok lah, selesa. Cuma dari segi akustiknya mungkin masih perlu diperbaiki, agar sound lebih sedap dan tidak bergaung.
Kami sampai, Pretty Ugly telahpun mengambil tempat mereka di pentas. Saya sudah excited masa ni. Lagu lagu hits mereka seperti “Mr. Ronald Moore”, “Francis Ford Coppola” dan “Diari Seorang Lelaki” dinyanyikan seantero dewan. Pretty Ugly pun dah kena plan untuk showcase mereka nampak gayanya ni. On tak on?
Baiklah, tibalah giliran bintang yang dinanti nanti semua pembeli tiket dan peminat tegar yang telah menunggu sekian lama. Flop Poppy mengambil alih pentas diiringi sorakan para penonton. Satu persatu sosok tubuh ahli Flop Poppy yang saya kenal sejak di bangku sekolah, dilihat ke posisi masing masing di atas pentas. Set pertama dimulakan dengan lagu “Suziela” yang kalau kau tak hafal liriknya, bukan peminat tegar mereka lah! Lagu ciptaan Megat ini dinyanyi sekali dengan seisi dewan. Maka bergemalah Panggung Asia malam itu dengan “Suziela”.
Perasaan saya, yang saya rasa turut dirasai kebanyakan yang hadir ke sana tempohari, bercampur baur. Enjoy lagu lagu seperti “Cinta”, “Mimpi Sedih”, “Ya Kamu”, “Rest of My Life”, “Atas Nama Cinta”, “Aku dan Kamu” sambil mata masih menikmati wajah wajah ‘Flop Poppy Original’ lain macam betul rasa dia.
Lagu rare seperti “Fairy Tales” juga dipersembahkan buat semua fans tersayang.
Abang Andy, selaku wajah depan Flop Poppy, sentiasa memberi lega kepada kita sepanjang penantian kepada penyatuan semula mereka. Dengan melihat beliau di sana sini kita tahu, Flop Poppy ‘ada’. Bak kata beliau dalam interview bersama ROTTW beberapa tahun sudah;
“Flop Poppy sentiasa ada, Cuma line up berubah ubah”
Dan kini, nah! Original line up bersatu kembali. Dan harapan kita, semoga ianya kekal dan terus mewarnai arena muzik tanah air.
Mijie, Megat dan Wandi, tak berubah pada hemat saya. Secara fizikal, sama sahaja. Petua kekal muda, please! Pemain drum berwajah kacukan, Bakri, antara pemain drum terhebat di Malaysia juga mulai dikenali ramai menerusi Flop Poppy. Walaupun tak bersama sebegitu lama, chemistry nampaknya masih kuat antara mereka semua.
Berikut apa kata Abang Rom;
“Such a refreshing visual, melihat mereka semua. Seram sejuk, emotional juga la bagi saya. Sebab saya melihat mereka membesar!!. I was fully satisfied with the show. Harapan saya, agar mereka terus bersama, sehingga ke mercu career , seperti yang sepatutnya.”
TEKS: TOMMY LOVE
FOTO:DAYANG KU SITI RUHAINEY
SEDIKIT ADEGAN..