
AMK Kembali — Dua Hari, 21 Band, 100% Tempatan di Litar Antarabangsa Sepang
KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025 – Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali dengan semangat yang lebih membara, lebih lantang, lebih membanggakan, dan kali ini, dengan lineup 100% tempatan. Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025, AMK Indie 2025 bakal menjadi perhimpunan terbesar untuk peminat muzik indie, rock dan ska meraikan genre indie yang telah membentuk identiti, semangat dan komuniti kita.
Bukan sekadar konsert, AMK Indie 2025 festival yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan 21 kumpulan muzik paling ikonik, diminati dan bakat baharu di Malaysia. Daripada kumpulan irama klasik kultus ke reunion yang jarang-jarang berlaku, hinggalah suara-suara baru yang menyemarakkan semula semangat muzik alternatif, barisan ini adalah cerminan sebenar terhadap bunyi dan jiwa remaja Malaysia, dari dulu hingga kini.

Barisan Hari Pertama (26 Julai) menampilkan SYJ, Cromok, Monosterio, 6ixth Sense, Plague of Happiness, Metalasia, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, SOG, PATRIOTS, and Aboi.
Barisan Hari Kedua (27 Julai) pula membariskanMeet Uncle Hussain, Empty Page, Butterfingers, Hujan, Seven Collar T-Shirt, SalamMusik, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, Gerhana Skacinta, and Monoloque.
Sebahagian daripada band ini kembali ke pentas selepas bertahun menyepi, ada yang muncul semula setelah sekian lama dinanti, dan ada juga yang tetap setia dalam arus muzik alternatif tempatan. Meskipun berbeza haluan, semuanya pernah dan masih memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muzik alternatif Malaysia. Festival ini adalah pentas untuk mereka menghidupkan kembali pengaruh itu, secara langsung, dengan penuh tenaga.
“Festival ini untuk peminat sejati. Tiada artis antarabangsa, tiada nama tangkap muat. Hanya bakat tempatan sepenuhnya,” kata David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, penganjur bersama AMK Indie 2025 bersama Westzone Entertainment.
Keistimewaan AMK Indie 2025 adalah komitmennya yang teguh terhadap muzik tempatan. Segala-galanya dalam festival ini berpaksikan identiti lokal. Daripada barisan artis hingga ke keseluruhan pengalaman, ia menyerlahkan bukan sahaja muzik, tetapi juga makanan, tenaga, dan semangat kreatif yang membentuk budaya belia Malaysia.
Dengan kapasiti 30,000 orang di Litar Antarabangsa Sepang, pelbagai zon tiket, dan festival makanan yang dikurasi khas, AMK Indie 2025 menjanjikan pengalaman hujung minggu yang menghidupkan semula jiwa festival tempatan, mengikut cara kita sendiri.
Tambahan pula dengan harga tiket bermula serendah RM159, AMK Indie 2025 merupakan salah satu festival muzik paling mampu milik tahun ini. Untuk harga tiket satu konsert biasa, peminat dapat menikmati persembahan legenda, makanan tempatan asli, dan suasana yang tidak dapat dilupakan untuk dua hari penuh, semuanya di bawah langit terbuka Sepang.
Sama ada anda mahu menghidupkan semula kenangan muzik zaman remaja, atau baru mula menyelami dunia muzik tempatan, AMK Indie 2025 ialah festival yang wajib anda pergi. Ajak teman, tandakan tarikhnya, dan bersedia untuk jadi sebahagian daripada festival yang akan menjadi bualan ramai.
#TAMAT#
INFORMASI
Acara : Aku. Muzik & Kamu Indie
Penganjur : Coaction Events Sdn Bhd and Westzone Entertainement
Tarikh : 26 – 27 July 2025
Masa : 5.00pm – 11.00pm
Tempat : Sepang International Circuit
Barisan artis
Hari Pertama – 26 Julai
SYJ | CROMOK | MONOSTERIO | 6IXTH SENSE | PLAGUE OF HAPPINESS | METALASIA | ONE BUCK SHORT | DEJA VOODOO SPELLS | SOG | PATRIOTS | ABOI
Hari Kedua – 27 Julai
MEET UNCLE HUSSAIN |EMPTY PAGE |BUTTERFINGERS | HUJAN | SEVEN COLLAR THSIRT | SALAMMUSIK | KYOTO PROTOCOL | MIDNIGHT FUSIC | GERHANA SKACINTA | MONOLOQUE
Harga Tiket
Zone | Day 1 | Day 2 | Both Day |
Rock Zone | RM 259 | RM 259 | RM518 |
Gig Zone | RM 189 | RM 189 | RM378 |
Funky Zone | RM 129 | RM 129 | RM258 |
Platform Tiket https://www.ilassotickets.com/eventdetails.aspx?eid=ZPpB7n8HA4E=
Sila imbas kod QR untuk memuat turun bahan-bahan promosi berikut: Siaran mediaBahan-bahan promosi (poster, gambar dan lain-lain) |
Tentang Aku. Muzik & Kamu
Aku. Muzik & Kamu merupakan salah satu acara ikonik anjuran Coaction Events yang meraikan pengalaman konsert penuh emosi dan keterhubungan antara artis dan peminat merentas sempadan. Buat julung kalinya diadakan pada tahun 2023 di EduCity Sports Complex, festival ini berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung dengan barisan artis hebat dari Malaysia dan Indonesia termasuk HUJAN, Ungu, Kerispatih & Sammy Simorangkir, Insomniacks dan Bunkface. Malam penuh energi ini menyajikan persembahan bertenaga dan lagu-lagu ikonik yang mencipta kenangan manis buat para peminat. Lebih daripada sekadar konsert, Aku. Muzik & Kamu adalah detik budaya yang menyatukan jiwa-jiwa melalui muzik dan momen yang tidak akan dilupakan.
Tentang Coaction Events Sdn Bhd
Coaction Events Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Johor Corporation dan beroperasi sebagai firma perancangan acara profesional yang komprehensif dengan fokus kepada perkhidmatan berorientasikan gaya hidup. Dengan pengkhususan dalam pelbagai majlis korporat—termasuk persidangan, forum, seminar, makan malam gala, pengumpulan dana, majlis anugerah, perasmian besar, dan majlis peribadi—syarikat ini dengan berkesan memenuhi keperluan M.I.C.E. (Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran).
Selain daripada perancangan acara, Coaction Events terkenal dengan acara ikoniknya seperti Aku, Muzik dan Kamu, JB10K, Green Legacy Summit, Pinktober Run, dan A Night To Remember yang telah memikat khalayak dan menggalakkan kerjasama antara rakan kongsi.
Ia juga menguruskan lokasi acara terkemuka seperti Persada Johor International Convention Centre dan Cerebrum di Menara Komtar.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Hafiz Dahalan Pengurus, Perhubungan Awam, Pemasaran & Program norhafiz@coactionevents.com +6016- 6295170 | Nadzirah Zakaria Timbalan Pengurus, Perhubungan Awam & Komunikasi nadzirah@coactionevents.com +6012- 7655380 |
-
PATRIOTS -
SEVEN COLLAR TSHIRT -
KYOTO PROTOCOL -
CROMOK -
MIDNIGHT FUSIC -
SOG -
PLAGUE OF HAPPINESS -
GERHANA SKA CINTA -
MEET UNCLE HUSSAIN -
EMPTY PAGE -
ONE BUCK SHOT -
SIXTH SENSE -
HUJAN -
SALAM -