
Sokongan Peminat Jadi Nadi Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri &
Syamel
Empat Live In Kuala Lumpur 2025 Akan Penuh Magis & Lakar
Sejarah Industri Seni
Detik bersejarah Empat Live In Kuala Lumpur 2025 semakin hampir. Tanggal 18 Oktober
2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur akan menjadi saksi nyata buat empat penyanyi
tanah air, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel ‘bercinta’ dengan para peminat
yang membuktikan rasa kasih dan sokongan dengan pembelian tiket dalam tempoh cukup
singkat sebaik butiran konsert diumumkan.
Kepada penyokong dan pencinta muzik tanahair akan lebih mendebarkan lagi kerana tiket
yang dijual sejak 25 April 2025 lalu hanya berbaki 15 peratus sahaja untuk mereka yang
masih belum mendapatkan tiket iaitu di kategori VIP dan Diamond. Penerimaan terhadap
konsert ini sangat membuahkan rasa terharu atas sokong yang diberikan.
Menjelang detik bersejarah yang dibawakan Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus
ProHouse tersebut, empat sekeluarga ini sudah sudah giat mempersiapkan diri baik dari
segi fizikal dan mental demi meraikan kasih sayang dan perjalanan panjang seni mereka
yang bakal dipersembahkan dengan penuh magis pada malam konsert.
Persiapan mereka malah didahului dengan penuh tanggungjawab oleh Sze Wan selaku
Pengarah Muzik Empat Live in Kuala Lumpur 2025.
Pengarah muzik berkaliber ini dengan penuh teruja menyifatkan Empat Live in Kuala
Lumpur 2025 sebagai sebuah perjalanan muzik Malaysia terutama balada yang bersatu
daripada beberapa era dan generasi yang telah dan masih diterima baik oleh seluruh
peminat.

“Empat Live in Kuala Lumpur 2025 boleh disifatkan sebagai perjalanan muzik Malaysia
terutama balada yang telah diperdengarkan sejak era Diva Ziana Zain kepada fenomena
Lelaki Ini Anuar Zain dibalut kontemporari dan genre fusion yang dibawa dengan kemas
dalam vokal moden milik Ernie Zakri dan Syamel.

“Apabila saya melihat dan menggambarkan Empat Live in Kuala Lumpur 2025 mempunyai
kualiti yang disebutkan dan mengingat bahawa saya akan menjadi pengarah muzik konsert
empat pemilik vokal emas dan penuh karisma iaitu Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel, ia
sebenarnya memberi perspektif dan cabaran buat saya.
“Ia seperti saya perlu mencantumkan ‘puzzle’ dan memberi keseimbangan kepada semua
energi yang akan diperoleh kelak ; termasuk daripada segi susunan vokal, permainan
instrumen dan mengendali keadaan dengan baik terhadap setiap penyanyi secara individu,”
ujar Sze Wan.
Untuk kelancaran konsert ini, Jennifer Thompson telah dipertanggungjawabkan menjadi
pengarah konsert.

Menurut Jennifer, “Kami telah merancang konsert ini sejak tiga tahun lepas dan sangat
teruja apabila ia akhirnya menjadi kenyataan. Keempat-empat mereka adalah penyanyi dan
penghibur yang hebat, tetapi apa yang menjadikan persembahan ini magis ialah setiap
seorang daripada mereka mempunyai gaya istimewa yang tersendiri. Peluang untuk
bekerjasama dengan bakat dan repertoire sebesar ini ibarat seorang kanak-kanak yang
berada di kedai gula-gula.”
“Akan ada banyak detik istimewa untuk para peminat yang hanya boleh dialami dalam
persembahan ini – kolaborasi serta peluang untuk menyanyi bersama lagu-lagu pop
terbesar yang merentasi empat dekad. Istimewa? Ya. Wajib tonton? Ya… 100% hiburan
untuk seisi keluarga dan semua peringkat umur,” tambahnya Jennifer menambahkan lagi
keterujaaan untuk menonton konsert ini.
Turut berasa teruja dengan sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan peminat
yang menyokong Empat Live in Kuala Lumpur 2025 pada 18 Oktober 2025 yang diketuai
Pengarah Konsert, Jennifer Thompson adalah Anuar Zain.
Tidak berhenti melahirkan rasa syukur, Anuar memohon agar sokongan pembelian tiket
direalisasikan dengan kehadiran peminat di Mega Star Arena Kuala Lumpur lalu menjadi
sebahagian daripada perjalanan dan kenangan indah yang bakal dilakar bersama.
“Dengan gabungan empat beranak ini, diharapkan akan menjadi sebuah konsert yang dapat
memuaskan hati semua pihak dan In Shaa ALLAH akan membuatkan semua peminat
terhibur. Mungkin akan kedengaran jeritan dan komunikasi antara audience dengan kami
berempat.. let’s bring the house down!!!,” ucap Anuar teruja.
Pemilik vokal gemersik kesayangan ramai itu malah memberitahu saat ini beliau sedang
fokus membuat persediaan demi memberi persembahan terbaik buat peminat pada Empat
Live in Kuala Lumpur 2025 nanti.
“Buat masa ini, kami berempat dalam fasa mempersiapkan mental dan fizikal untuk
memberikan yang terbaik sehingga memuaskan hati peminat kami semua.
“Hadir dengan hati dan minda yang terbuka. Kita raikan momen indah ini bersama agar
menjadi kenangan terhebat yang telah dan pernah kita lakar dalam Empat Live in Kuala
Lumpur 2025,” ajak Anuar.
Bersetuju dengan Anuar, Ziana berulang kali melahirkan rasa bersyukur dan terharu dengan
sambutan hangat daripada peminat.
“Saya tidak sabar menanti bulan 10 ini. Rasanya tidak terbayar jasa kalian buat kami. Apa
yang boleh saya katakan, malam 18 Oktober itu saya bayangkan semoga menjadi satu
fenomena dalam industri buat kami dan peminat. Hal ini kerana julung kali kita dapat melihat
keluarga buat konsert. ini akan jadi kenangan terbaik buat kita semua,” kata Ziana.
Giat mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal seperti konsisten ke gim dan
menjaga pemakanan, Ziana ‘membocorkan’ sedikit ‘hidangan’ yang akan diberikan
sepanjang konsert berlangsung.
“Ada banyak lagu-lagu top dan lagu yang sudah lama tidak dinyanyikan akan
dipersembahkan pada Empat Live in Kuala Lumpur 2025. Jadi sama seperti Anuar, Syamel
dan Ernie, saya memberi fokus kepada hafal lirik dan persediaan mental,” katanya.
ERNIE & SYAMEL: SIAPKAN HIBURAN MAGIS DARI JIWA
Sebagai salah seorang ahli keluarga yang akan berkongsi pentas bersama dua legenda seni
tanah air dan sentiasa menjadi idola, Ernie mengakui Empat Live in Kuala Lumpur 2025
bakal menjadi malam bersejarah peribadi buat dirinya serta industri seni tempatan.
Sangat teruja dan berterima kasih dengan sokongan pembelian tiket yang disifatkan luar
biasa, Ernie memberitahu sama seperti Anuar dan Ziana, beliau tidak sabar menanti detik
18 Oktober 2025 berlaku.
“Saya boleh katakan Empat Live in Kuala Lumpur 2025 akan menjadi malam bersejarah
buat saya secara peribadi dan sejarah untuk industri hiburan kerana pertama kali keluarga
penyanyi membuat persembahan bersama dalam konsert berskala besar.
“Dan konsert ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan peminat yang sudah
membeli tiket kami. Ke mana- mana saya pergi ramai yang kata sudah beli tiket. Ini
membuat saya terharu dan tidak sabar menerapkan kasih sayang kami kepada semua
kelak,” ujar Ernie.

Tidak ketinggalan, Syamel menyatakan Empat Live in Kuala Lumpur 2025 akan menjadi
sejarah yang paling indah bukan sahaja buat dirinya, Ernie, Anuar dan Ziana tetapi peminat
yang tidak pernah lelah menyokong perjuangan dan kecintaan mereka terhadap seni.
Maka dengan itu, Syamel memaklumkan beliau tidak sekadar ingin menjadi penyanyi
sebaliknya penghibur yang menyentuh hati penonton menerusi persembahan yang bakal
dipenuhi dengan cahaya, suara dan jiwa mereka berempat.
“Peminat yang hadir bukan penonton tetapi mereka adalah nadi yang menghidupkan malam
penuh bersejarah itu. Kami berempat akan bersama di atas satu pentas bukan sebagai
penyanyi tetapi berkongsi kasih sayang, cinta dan roller coaster muzik kami kepada semua.
“Saya mahu peminat mengembara dan bernostalgia dengan pemilihan lagu yang bakal
dipersembahkan pada Empat Live in Kuala Lumpur 2025, 18 Oktober 2025 di Mega Star
Arena nanti. Besar harapan saya agar persembahan kami menyentuh hati penonton,” kata
Syamel.
Pihak Anuar Zain Network dan Altus Prohouse mengucapkan setinggi penghargaan kepada
Westin Kuala Lumpur yang turut menyokong industri muzik tanahair sebagai hotel rasmi
bagi Empat Live Di Kuala Lumpur dengan memberi tajaan hotel dan juga untuk sidang
media yang berlangsung hari ini.
Menurut Daniel Burstein, Pengurus Besar The Westin Kuala Lumpur, “Kami amat teruja
untuk menjadi hotel rasmi bagi konsert Empat Live in Kuala Lumpur yang menampilkan
empat artis besar tanahair – Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel”.
“Peluang bagi mengalu-alukan bakat-bakat ikonik ini dan juga peminat mereka ke hotel
kami adalah satu penghormatan dan kami berharap dapat menyediakan penginapan yang
tidak dapat dilupakan sama seperti konsert itu nanti. Kami amat komited untuk memberikan
perkhidmatan yang luar biasa dan suasana yang mesra pelanggan kepada setiap tetamu
semasa acara konsert istimewa itu nanti”, tambah Daniel.
Untuk menjadi salah seorang penonton yang bakal menyaksikan sejarah kolaborasi indah
ini, anda boleh dapatkan tiket anda di www.ticket2u.com.my/empatkl
Tiket-tiket berharga RM 288 (Bronze), RM388 (Silver), RM488 (Gold), RM688 (Platinum)
dan RM2,088 (Royal Twin Seat – dua tiket) telah habis dijual .
Manakala tiket dengan harga dan kategori yang tinggal adalah RM888 (Diamond), RM1,088
(VIP).
Pembayaran tiket juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan beli dahulu bayar
kemudian (BPNL) seperti Atome dan SPayLater.
Sampai jumpa di Empat Live In Kuala Lumpur 2025 pada 18 Oktober 2025 di Mega Star
Arena Kuala Lumpur. Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel menanti anda dengan untaian lagu
terbaik dan persembahan mantap mereka. Jangan lepaskan peluang yang hanya datang
sekali ini!
Inilah masanya untuk bersama sama melakarkan sejarah bersama artis-artis kesayangan
anda kerana permintaan anda semua bakal menjadi sebuah kenyataan di atas pentas Mega
Star Arena Kuala Lumpur. Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan momen permintaan kalian
ini. Hadir dan berikan sokongan tanda silatulrahim anda pada malam konsert itu nanti.
Informasi
Acara: Empat Live In Kuala Lumpur 2025
Artis: Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri, Syamel
Tarikh: 18 Oktober 2025
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Penganjur Konsert: Anuar Zain Network
Penganjur Bersama danPengurusan Konsert: Altus Prohouse
Link tiket: https://www.ticket2u.com.my/empatkl
Tiket dengan kategori yang tinggal untuk pembelian:
RM 888 (Diamond), RM1,088 (VIP)
Pembelian tiket untuk golongan kelainan upaya (OKU): (+6011-1190 0518)