SIARAN AKHBAR
Pentas Barbarik Vol 2
‘Rempuh’ Mega Star Arena
31 Januari 2026
Kekecohan pada konsert Pentas Barbarik: Live @ Odeon KL yang berlaku pada 12
Disember 2025 membawa banyak pelajaran dan hikmah.
Insiden itu malah menjadi indikasi bahawa Barbarik bukan sekadar kugiran yang
lahir dalam kalangan ‘pemuzik biasa-biasa’ tetapi karisma, identiti, pengaruh dan
perjuangan mereka diekori rapat oleh peminat tegar masing-masing.
Justeru, setelah menzahirkan simpati terhadap ratusan peminat yang tidak dapat
menyaksikan konsert tersebut kerana ruang penuh, Barbarik tidak duduk diam.
Selaku pemuzik profesional, Barbarik mahu ‘membayar semula’ kekhilafan yang
berlaku dengan penganjuran Pentas Barbarik Vol 2.
Tidak memerlukan masa yang lama, Republic Mokhmah Records (RMR) dan Pentas
Barbarik Sdn Bhd dengan bangga mengumumkan penganjuran Pentas Barbarik
Vol 2 di lokasi yang lebih besar dalam skala persembahan yang juga cukup megah.
Pentas Barbarik Vol 2 akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 31
Januari 2026 bermula pukul 8 malam.

“Penganjuran Pentas Barbarik Vol 2 bukan bermaksud kami mahu menutup
kekecohan dan kekhilafan yang berlaku pada Barbarik Vol 1 sebaliknya ia memang
telah lama dalam agenda kami.
“Namun oleh kerana insiden yang berlaku, Barbarik mahu mengambil tanggung
jawab penuh dalam menjaga reputasi di antara kami dengan peminat yang
menyokong kami dengan cukup luar biasa.
“Pentas Barbarik Vol 2 di Mega Star Arena pada 31 Januari 2026 juga adalah usaha
dan tanda kesungguhan kami dalam memenuhi dan memberi persembahan
berskala besar yang lebih baik, berkualiti serta mahu menjamin tidak berlakunya
lagi penjualan tiket berlebihan sehingga ia boleh menjejaskan hubungan Barbarik
dan semua peminat kami,” ujar JoBranko mewakili Barbarik.
Selaku penganjur, RMR juga mengatakan penganjuran Barbarik Vol 2 bukan
dilaksanakan untuk mengambil kesempatan apa lagi tidak belajar daripada
kekecohan yang berlaku.
Sebaliknya penganjuran Pentas Barbarik Vol 2 di Mega Star Arena pada 31 Januari
2026 adalah medan ‘pertempuran’ yang signifikan selepas beberapa siri
penganjuran sebelum ini.
“RMR menyifatkan penganjuran Pentas Barbarik Vol 2 sebagai signifikan dengan
‘kekuatan’ mereka dan Mega Star Arena adalah lokasi terbaik buat perayaan tahun
baharu dimulakan.
“Kami di RMR juga akan sedaya upaya mengelak terlibat dengan penjualan tiket
tidak sah, berlebihan dan apa sahaja perkara yang boleh menjejaskan reputasi
bukan hanya Barbarik tetapi penganjur di Malaysia,” kata Encik Abdul Musa Haji
Mokhtar dari Republic Mokhmah Records.
Karl Hangatkan Pentas Barbarik Vol 2
Sebagai bukti Pentas Barbarik Vol 2 bukan hanya penganjuran sambil lewa, kugiran
ini terus ‘membedil’ konsert dengan penyertaan pemuzik legenda tanah air yang
pastinya membuat peminat tidak akan melepaskan peluang bersejarah ini.
Pentas Barbarik Vol 2 akan menampilkan Karl untuk menghangatkan ‘pertempuran’
di atas pentas Mega Star Arena.
“Kenapa Karl? Kenapa tidak? Selain kewibawaan dan legendanya seorang Karl,
beliau juga muncul menjadi featuring dalam album sulung kami, Peluru Cokelat
melalui lagu Golok Kayu.

“Jadi apa salah Barbarik membawa Karl dan kita semua dapat mendengar serta
melihat persembahan secara langsung daripada beliau yang sentiasa penuh magis,”
ujar JoBranko lagi.
Gandingan pemuzik baru dan berpengalaman dalam kumpulan Barbarik yang tidak
perlu lagi diperkenalkan kepada khalayak ramai, Ainoll, Rozaimi Muss, Jobranko
serta Lee sudah mencipta kekuatan tersendiri.
Karl Cromok kini masuk dalam barisan penampilan istimewa artis yang akan
membuat kemunculan di pentas selain daripada Eddie, Black, Mel dan Jojet yang
dikekalkan dari persembahan yang terdahulu.
Konsert yang direncana berlangsung selama 2 jam 30 minit itu akan melihat 30
peratus kelainan daripada Barbarik Vol 1.
“Dengan perancangan yang sudah cukup lama dan persediaan mantap, Pentas
Barbarik Vol 2 akan menyaksikan 30 peratus repertoir berbeza termasuk pemilihan
lagu daripada apa yang telah dipersembahkan dalam konsert atau penganjuran
pentas sebelumnya.
“Hal yang demikian kerana kami mahu memberi yang terbaik buat peminat supaya
mereka tidak datang ke sebuah persembahan secara langsung dan mendengarpengulangan seperti dalam kaset, permainan cakera padat atau platform
penstriman.
“Kami mahu setiap persembahan Barbarik memberi pengalaman berbeza walaupun
pahit atau manis, yang pastinya ada cerita untuk dibawa pulang sebaik keluar
menyaksikan kami,” kata JoBranko lagi.
Sehubungan itu, penjualan tiket dengan beberapa kategori boleh dibeli bermula 18
Disember pukul 12 tengahari di platform tiket
www.iLassoTickets.com/pentasbarbarikvol2
Kategori tiket bermula dari RM138 (General Admission), RM168
(Rockzone-standing), RM268 (Normal- seating) dan RM368 (VIP- seating) serta
RM1,500 untuk Grand VIP- Couple Seat.
Jadi tunggu apa lagi? Barbarik Vol 2 akan menjadi sebuah konsert paling ‘kecoh’
pada awal tahun ini.
INFORMASI
Acara: PENTAS BARBARIK VOL 2
Artis: Barbarik dengan penampilan khas Karl, Eddie, Black, Mel dan Jojet
Tarikh: 31 Januari 2026
Lokasi: Mega Star Arena Kuala Lumpur
Waktu: 8 Malam
Penganjur: Republic Mokhmah Records (RMR) dan Pentas Barbarik Sdn Bhd
Harga & kategori tiket: RM138 (General Admission), RM168 (Rockzone-standing),
RM268 (Normal- seating) dan RM368 (VIP- seating) serta RM1,500 untuk Grand
VIP- Couple Seat. (Harga tiket tidak termasuk caj)
bermula 18 Disember pukul 12 tengahari
Platform tiket: www.iLassoTickets.com/pentasbarbarikvol2
Rakan media rasmi: Sinar FM, Astro Gempak


