ULASAN
Acara : Perlancaran single ‘Ajar Aku” Aizat Amdan x SOG
Lokasi : Roberts Theatre, The Campus, KL
Tarikh : 14 Mei 2026
Pertemuan spontan yang mencipta magis.
Semalam kami berkesempatan hadir bagi pelancaran single terbaru, kolaborasi antara Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG). Acara yang berlangsung di Roberts Theatre, The Campus Ampang ini berjalan lancar, kendalian PR professional yang tidak asing lagi, Joe Saiful.
Bercakap mengenai kerjasama dan gabungan idea sehingga tercipta single “Ajar Aku” ini, mereka menyifatkannya terlahir secara ‘tidak sengaja’ atau pun ‘spontan’. Organik lah kata orang!
Bertemu di suatu sesi podcast kendaliannya, dalam waktu santai bersama tersebut tercetusnya melodi yang indah, menurut kesemua mereka yang ada ketika tersebut. “Chemistry” yang kuat antara mereka seterusnya melanjutkan melodi itu menjadi sebuah lagu yang lengkap dan sedap. Tanpa apa apa perancangan untuk mencipta karya bersama, “Ajar Aku” lahir dengan sendirinya.
Mengulas tentang cerita serta makna lagu ini;
“Ia adalah tentang manusia yang sedang mencari arah dan tidak malu untuk meminta tunjuk ajar. Kadang kadang kita terlalu ego untuk menerima nasihat sedangkan proses belajar itu sendiri adalah sebahagian daripada kehidupan” Aizat.
Menambah “tuah” kepada lagu ini, sentuhan Yuna dilihat sebagai nilai tambah yang besar.
Enggan membiarkan rakan rakan yang ketika itu menggunakan khidmat AI bagi memberi bayangan iringan suara wanita di hujung lagu (suara Aizat yang diwanitakan), Yuna yang amat menyukai dan meyakini potensi lagu ini, menawarkan dirinya sendiri untuk menggantikan suara ‘robot’ tersebut dengan suaranya sendiri.

Bertuah badan Aizat Dan SOG!
Bukan sahaja itu, Yuna turut mencadangkan agar lagu ini diusahakan sehabis baik, bersama muzik video (MV) rasmi. Lebih menarik lagi, Yuna sendiri merupakan art director untuk video tersebut, bergabung tenaga dengan suami tercintanya, Adam Sinclair sebagai Director.
Yuna memang amat terkenal dengan citarasanya yang benar benar “tasteful“, telah berjaya mengintepretasikan setiap bait lirik menjadi sebuah visual yang amat “berjiwa”.
Bagaimanakah hasilnya gabungan suara Aizat yang soulful bersama suara Abang SOG (Raja Nazrin) yang sinonim dengan genre post hardcore ini dalam sebuah lagu agaknya? Ditokok pula dengan iringan suara Yuna di bahagian penhabisannya?
Imagine sahaja tak guna. Single “Ajar Aku” kini boleh distrim di semua platform digital utama. Dengarkan sendiri.
And thank us later…cheers!
Text – Tommy Love
Photos – Ladyganz










