
ROTTW MUSIC FESTIVAL 2017
… a gathering of families
Hola!
Dipersembahkan kepada anda sedikit sedutan ROTTW Music Festival 2017 yang berlangsung pada Mac lalu. Dia punya hangat, masih terasa bahangnya sampai sekarang okay. Memang havoc!
Dengan konsep kekeluargaan, “A Gathering of Families”, intimacy antara semua yang terlibat, baik dari pihak band band yang membuat persembahan, crew yang bertugas, serta pengunjung yang bertandang untuk rocking bersama, semuanya umpama sebuah keluarga besar yang mengisi masa bersama sama di acara ini. Nak sebuah acara yang mesra ‘rockers’ dan mesra ‘famili’ dalam satu masa? Hahaha…nampak sahaja flyer kami keluar untuk tahun depan, terus lock date tu, deal?
Tahun 2018, insyaallah kami akan ke sana lagi dan sudah pastinya menjanjikan sebuah acara muzik yang berganda lebih meriah dan bermakna.
Tak sabar nak ke Johor Bharu lagi bertemu kalian semua!
Dan untuk kali ini, terimalah bingkisan ini dari kami okay!!
TOMMY LOVE