
Destined for ______ ?
Stardom!!
Iya. Itulah perkataan yang seharusnya tertulis di ruang kosong itu, di hadapan kulit majalah ROTTW pada tahun 2009, namun dibiarkan kosong tanpa “stardom” kerana dianggap terlalu awal lagi ketika itu). Waktu Bunkface menghiasi muka depan kami. Itu yang editor fikirkan terbaik dan paling tepat dengan kumpulan ini. Editor kami prophetic? Aha..gurau..
Dengan konsert ulangtahun ke 15 mereka baru baru ini, tepat ungkapan tersebut buat Bunkface. Mereka yang amat konsisten dengan target serta passion terhadap muzik telahpun berjaya meletakkan Bunkface di tempat mereka tersendiri di persada seni tanah air.
Full house. Dua hari konsert, dua hari full house.
Zepp sememangnya seperti yang digembar gemburkan. Bertaraf internasional boleh penulis katakan. Sistem bunyi dan pencahayaan terbaik, serta ruang yang amat luas dan selesa untuk acara sebegini. Pemilihan venue yang tepat.
Bagaimana terujanya para Bunkers bersorak memanggil kumpulan pujaan mereka, akan penulis sertakan videonya di akhir artikel. Memang gempak.
Stage. Terbaik. Sesuai tema “15 Years of Korang”. Tajuk ini bertujuan membawa para Bunkers sekalian menghayati serta sama sama menyaksikan pengalaman pahit getir, suka duka Bunkface dari zaman mereka masih band anak anak sehinggalah menjadi antara band terbesar di tanah air. .
Persembahan?
Tak perlu diulas panjang lebar. Sememangnya terbaik. Penulis pergi pada hari kedua konsert. Kesemua mereka masih amat bertenaga dan bersemangat melayan para pengunjung. Tiada unsur letih, tak bermaya atau pancit langsung. Energetik dan ceria macam biasa. Terbaik lah Bunkface.
26-28 buah lagu dipersembahkan pada hari tersebut pada hemat penulis. Maklumlah, teruja. Lost count akan lagu lagunya. Terdapat juga satu set akustik disusun ditengah tengah kemeriahan konsert gilang gemilang itu. Abang Faizal, orang pertama yang mengajar mereka bermain gitar menurut Sam, turut dijemput untuk menyertai Bunkface pada set akustik ini. Meredakan sedikit kegilaan crowd pada sesi ini, bijak aturan mereka. Bolehlah para Bunkers bertenang sedikit mengumpul kembali tenaga untuk kembali rancak selepas itu.
Masa mereka mengumumkan yang mereka mahu mempersembahkan sebuah lagu kegemaran mereka bersama sama, penulis telah membayangkan “Basket Case”. Ah….meleset sama sekali….
“I want it that way” guys. Riuh seluruh venue melayan gelagat mereka jadi Backstreet Boys sekejap. Comel je.
Ainol Eqraf juga menjadi drummer jemputan mereka pada malam itu. Bermain beberapa lagu pada set terakhir mereka, bersama sama pemain drum mereka sendiri, Biak.
Lagu lagu dari ep “Lesson Of The Season” sehinggalah ke rilisan terakhir mereka, dimainkan khas buat para peminat mereka yang telah hadir dari segala pelosok negara, termasuk Brunei dan Singapura.
Di akhir akhir acara, penulis terkenang pula saat kali pertama melihat mereka bermain di battle of the bands anjuran ROTTW di Unisel, Ijok. Masih bersekolah semuanya.
Apa yang boleh penulis katakan, mereka sememangnya sebuah kumpulan yang jelas tentang kemahuan serta hala tuju mereka. Sentiasa meminta nasihat serta teguran dari orang lama. Tidak sombong serta konsisten.
Waktu drone melayang kesana kemari mengambik moment moment indah konsert, penulis tersenyum sendiri mengenangkan pada kali pertama melihat mereka, kamera handphone juga belum popular ketika itu. 2005.
Pantas waktu berlalu.
Semoga Bunkface terus maju dan maju. Sentiasa mencari idea idea bernas dan segar untuk album yang akan datang. Kami di ROTTW sentiasa akan menyokong kalian.
Terima kasih kepada para penaja juga yang telah merealisasikan acara gemilang ini.
Akhir kata, stay naughty Bunkface. Dont ever quit rock and roll. Tahniah dia atas penganjuran konsert yang super cemerlang.
Jangan lupa lawat IG dan FB kami ya!! Ada video disana.
Kredit foto @hitmansolutions

