
LIVE IN KUALA LUMPUR

Zepp, Kuala Lumpur:
Berawal ceria dan berakhir dengan bertenaga, sesuai dengan pemilihan bunga matahari yang menjadi tema konsep Konsert Fourtwnty Heliotropisme Live in Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penulis datang sendiri dan buat pertama kali ke Zepp KL, tapi tak susah untuk masuk dengan crowd ‘anak senja’ yang datang untuk menonton band asal Indonesia itu secara live.
Nampak jelas perjalanan mereka hingga kembali ke Kuala Lumpur, dan Ari berkongsi dia tambah bersemangat sebab ditemani oleh isteri, keluarga mertua dan ibu-bapanya sendiri. Pandai bermain dengan emosi, mungkin ramai ada pengalaman peribadi dan ‘feel lebih’ bila Ari tanya, “siapa yang ada pengalaman hubungan beza agama?” sebelum membawakan lagu Mangu.
Penulis sendiri sempat terharu bila Ari ajak penonton mengenang masa depan kerana ‘Kita Pasti Tua’. Tabik untuk team visual dan lighting yang main peranan, memang sampai rasa bila screen tunjuk lelaki tua duduk di kerusi roda, seorang lelaki muda berdiri, dan jam besar. Muzik santai tapi lirik ‘makan dalam’. Mungkin ayat sesuai untuk menggambarkan lagu ‘Zona Nyaman’ Fourtwnty yang mengingatkan pendengar untuk “bekerja bersama hati” sebab “kita ini insan bukan seekor sapi”.Nampak gaya ramai penonton berkongsi rasa yang sama dengan penulis, ada masa-masa menuju ‘burnout‘ dan struggle dalam kerja.
Mengakhiri set pertama dengan lagu soundtrack Filosofi Kopi 2 itu, Ari dan kawan-kawan ambil masa cuma beberapa minit untuk set-up bahagian kedua.Untuk yang belum kenal dengan Fourtwnty, ada voice over bercerita tentang pemilihan nama Heliotropisme atau semangat hidup. Kebetulan di malam yang sama Sabtu lepas turut berlangsung satu lagi konsert besar di salah satu stadium di Kuala Lumpur. Tampil kembali menyapa penonton sebagai ‘anak-anak indie‘, Ari sempat mengusik, bertanya kenapa ‘para pemuja senja’ tidak memilih untuk ke acara yang lebih besar.
Sekali lagi penulis menangkap ada pesan yang ingin disampaikan – jangan mengkotak-kotak kan muzik atau peminat muzik, dan selalu terbuka untuk layan macam-macam genre lagu. Secara kebetulan atau tidak, penulis perasan ada ramai yang datang memakai kasut sneakers atau slip on hitam putih, dan Fourtwnty membawakan lagu Hitam Putih, mengajak untuk belajar melepaskan dan merelakan masa lalu. Bukan satu tapi dua OST, lagu Kursi Goyang turut dipilih untuk mengisi film Ben & Jody.
Di set kedua, Ari makin aktif ajak penonton bergoyang, sebelum akhirnya membuat kejutan. Lagu ‘Menghitung Hari’ nyanyian asal Kris Dayanti dibawakan semula dalam versi Fourtwnty untuk memenuhi permintaan peminat.
Terdengar jelas suara peminat mengiringi Ari membawakan lagu yang dianggap anthem ‘patah hati’ kaum laki-laki. Mengakhiri malam dengan lagu yang memperkenalkan Fourtwnty, Fana Merah Jambu, penulis yakin hampir semua penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan selama kira-kira dua jam itu. Satu malam yang sangat istimewa bagi penulis. Jumpa lagi.
Aly A