LIVE IN MALAYSIA

DAMIEN RICE
PLANERY HALL KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
7 JUNE 2023
Saya telah terdedah kepada muzik folk sejak kecil lagi. Zaman dahulu, 60-70an banyak juga rancangan muzik TV Malaysia yang datang dari UK dan Amerika. Yang saya ingat Ranch Party dan Old Grey Whistle Test. Kami sudah kenal pada Bob Dylan, Johnny Cash, Donovan, Emmylou Harris, Nana Maskouri, Neil Young, Simon And Garfunkel, James Taylor, Cat Stevens, Joan Baez, Joni Mitchell, Judy Collins, Kris Kristofferson, Mamas And Papas, Peter, Paul And Mary dan ramai lagi. Tetapi sejak awal 90an saya telah lebih pada muzik muzik terbaharu dan hanya mengikuti Neil Young, yang sebenarnya kegemaran utama saya.
Saya mula mendengar nama Damien Rice melalui lagu The Blower’s Daughter dan beliau berjaya menarik perhatian saya melalui lagu ini. Jadi bila dapat jemputan menonton beliau “live”, apa lagi saya pun terus buka “almari folk” saya. 8.30 malam kami( saya dan Tommy) sudah berada di Planery Hall, dimana kami disambut oleh Jeninder Kaur Gill, yang mewakili Sambal Lab Sdn. Bhd. Oh dan Damien Rice dibawa oleh Lushington Entertainments.
Kami datang awal dengan harapan menonton artis jemputan Liesl Mae. Malang nya beliau telah membuat persembahan lebih awal dari yang sepatutnya. Jeninder pun tidak menahu hal ni. Jadi terlepas menonton wakil folk tempatan.
Persembahan dimulakan.
Gelap sahaja…bila beliau timbul, baru menyala satu lampu.Perkara janggal juga pada saya sebab konsert yang saya hadhir, semuanya terang benderang belaka. Tetapi sebenarnya, ini adalah artis folk pertama saya pernah tonton live pun! Beliau membuka set dengan lagu “The Professor & la fille danse”..Terkejut juga dengan bahasa bahasa yang digunakan. Artis zaman saya dulu(60an-70an)jarang mengguna bahasa “lucah”..seperti “d..k, f..k dan p..ck. Tetapi ramai juga dalam dewan ini yang “in”. Yelah…bahasa zaman sekarang…orang sudah biasa mencarut dalam lirik mereka. Penonton nampak nya sungguh kusyuk dan tidak terganggu dengan bahasa yang digunakan. Sudah menerimanya sabagai kebiasaan hari ini. Bagaimanapun..yang penting cerita cerita cinta beliau..Tak tau lah apa pengalaman beliau. Penuh emosi. Hanya dia tau.
Lagu seterusnya Delicate memperkenalkan pemain cello, Sylvia Perez Cruz. Barulah kelihatan dua lampu diatas pentas. Dan sepanjang malam itu, begitu lah pencahayaan diatas pentas…sehingga lagu yang terakhir , lagu paling “hit” beliau The Blowers Daughter.
Persembahan ini sangat melenakan. Sedap pulak rasa nya. Saya memang meminati genre muzik folk(folk rock atau indie folk rock).Boleh tahan tegar juga lah saya ni..tetapi seperti saya kata tadi, saya tidak pernah menonton konsert folk ..Hahahaha! Konsert ini menjadi satu kejutan pada tisu tisu badan saya. Selama ini, konsert yang saya tontoni adalah persembahan kumpulan muzik bertenaga tinggi dan penuh pencahayaan pentas serta rioh. Para penonton tidak dudok diam..bukan seperti konsert Damien ini. Saya perhatikan, mereka amat kyusuk dengan persembahan Damien. Sungguh tertib. Ya..sudah pastinya mereka ini peminat tegar.
Untuk saya konsert ini sangat “therapeutic”. Walau pun kadang kadang “tersengguk” tetapi sangat tenang. Keadaan aman. Tiada bunyian tajam atau hentakan alat perkusi yang menggegarkan otak..hahahaha.! Persembahan sebegini saya rasa tinggi seninya. Untuk memikat umum untuk mendengar cerita anda dengan peralatan minima…sangat susah. Dan Damien ini dikalangan artis yang berjaya mendapat peminat merata dunia hanya dengan sebuah gitar akustik. Untuk memegang perhatian penonton selama 2-3 jam, serta menghiburkan mereka dengan peralatan muzik yang minima, tidaklah mudah. Perlu diketahui..memang beliau juga pernah “busking” merata rata. Maka kepakaran sudah ada.
Tapi “frust” jugalah bila terdengar beberapa “keserakan” mikropon di beberapa tempat. Terganggu juga..kerana kita tengah kusyuk..tiba tiba bunyi mikropon serak..Ganggu! Mungkin keserakan itu disengajakan..tak taulah!
Pada keseluruhan nya…saya amat berpuashati dengan konsert ini dan jika ada lagi ..ada kemungkinan saya akan tonton.
Dianggarkan 1500 orang hadhir untuk menonton Damien. Boleh tahan ramai tu!
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan terima kasih kapada Jeninder yang telah menjemput ROTTW, bagi pihak Sambal Lab Sdn Bhd.
Abangrom
Setlist pada malam itu adalah seperti berikut:
1.The Professor & la fille danse
2.Delicate
3.Cannonball
4.I Don’t Want to Change You
5.Astronaut
6.Volcano
7.My Favourite Faded Fantasy
8. 9 Crimes
9 .Older Chests
10.Black and Blue
11.Coconut Skins
12.The Box
13.Behind Those Eyes
Encore:
14.Amie
15.Rootless Tree
16.I Remember
17.The Blower’s Daughter

