
Rilisan Akhbar
A.C.A.B MEMAINKAN ALBUM ‘BANGUN’ SECARA LIVE PERTAMA KALINYA DALAM A.C.A.B
BANGUN SHOWCASE 2023
Pada 2024, A.C.A.B akan menyambut 30 tahun penubuhan mereka. Sebelum tiba ke angka
bermakna tersebut, perintis Eastern Oi! ini bekerja keras menjayakan pelbagai persembahan
pentas pada 2023, dan yang akan datang adalah showcase khas ’Bangun’ untuk meraikan
satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka.
Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember
2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3
petang. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk
iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The
Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency
(Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).
Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album
Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara
langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B
kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.
Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal
Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging
move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Bangun adalah album yang
bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih
ramai pendengar baharu.
Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “Aku dan A.C.A.B tak sabar
nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album
ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak
dipromosikan. Tapi tetap juga dapat sambutan hangat. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun
next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun
secara live dan make it a history for everyone! ”
Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati
berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99.
Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang
pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.
Jumpa di sana! Zigger Zagger, Oi!