
Sidang Media : A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid Lokasi : 39th Restaurant, Level 39, Perdana KLCC
Tarikh : 23 May 2024
Pada sesiapa yang sudah pernah mendengar serta melihat secara langsung akan duo Diskoria ini, pasti sudah dapat membayangkan vibe disko yang mereka akan persembahkan di Zepp, pada 14 June akan datang. Yang lebih menarik, kali ini, penampilan istimewa Datuk Sheila Majid pasti akan memberikan lebih nilai serta kepuasan bagi para pembeli tiket nanti.
Tassabarrrr.
Sepengetahuan penulis, mereka telah beberapa kali membuat persembahan pada beberapa festival di sekitar Kuala Lumpur. Penulis berkesempatan menonton mereka pada acara Nusafest pada tahun lalu.
Fuyyoooo! Tu je nak kata.
Sebesar besar tapak Nusafest pada ketika itu, semua yang hadir berdansa seolah olah itu adalah persembahan pertama di festival itu. Energy mereka seperti tidak terluak pada persembahan persembahan sebelum Diskoria.
Untuk persembahan di Zepp nanti, dengan penampilan istimewa Datuk Sheila majid, serta pembuka acara oleh Jemput Dengar, penulis pasti vibe nya akan berganda daripada persembahan mereka sebelum sebelum ini. Oh, sediakan baju ala disko kamu semua, kita kasi vibe disko sepenuhnya lah malam tu. Time travel maa….marilah terbang ke masa lalu. Lupakan porak peranda, kacau bilau semasa, sebentar di luar panggung Zepp. Kita dancing!
Pada Sidang Media tersebut juga, para penganjur memberikan sedikit penerangan tentang acara ini, bagaimana ianya tercetus lalu direalisasikan.
“Selaku penganjur, kami di MYdeteksi Bersama Sembang Kari Entertainment serta Tourism Malaysia mallah bebesar hati dan berasa terhormat di atas persetujuan lagendaris Datuk Sheila Majid sebagi penampilan khas,” Shafika Mazlan, MYdeteksi.
Diskoria pula berpendapat mereka amat berbesar hati dijemput ke Malaysia, apatah lagi di konsert perdana mereka nanti yang menjadi tamu istimewanya adalah the one and only, Datuk Sheila Majid.
Ternyata ramai (termasuk penulis) berasa amat teruja untuk melihat duo pelopor muzik disko local Indonesia ini, gabungan dua composer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat , membuat konsert buat kesekian kalinya disini.
“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini” Diskoria.
Itu dia! Hebat sekali manifestonya guys. Apa lagi, dapatkan tiket anda sekarang di www.myticket.asia.
Jumpa di sana! Woohooo!
