

HEBAHAN MEDIA
DOKUMENTARI TERBAIK FFM33 ‘PEKIK’ BAKAL
DIRAIKAN BERSAMA PEMINAT
Kuala Lumpur, 9 Disember 2024
Filem dokumentari ‘PEKIK’ yang memfokuskan kepada atmosfera muzik independen sekitar tahun 90an, telah berjaya dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seperti yang diucapkan oleh Pengarah ‘PEKIK’, Fareeq Alias, ketika menerima trofi di atas pentas
FFM33, kemenangan ini adalah kemenangan yang didekasikan khas untuk ‘scene’ muzik independen
tempatan.
Jesteru itu, sebuah acara persembahan bersama artis-artis yang terlibat di dalam filem dokumentari
tersebut akan diadakan pada 28 Disember 2024 bertempat di Black Box, Damansara Performing Arts
Centre.
Acara yang diberi nama ‘Gemersik dialun Pekik’ ini adalah merupakan sebuah persembahan muzik
akustik yang menampilkan 10 kumpulan independen tempatan, antaranya OAG, Sekumpulan Orang
Gila (S.O.G), Republic of Brickfields serta Emmett I.
Acara ini akan menampilkan dua sesi persembahan pada hari yang sama. Butiran sesi dan senarai
kesemua artis yang terlibat adalah seperti berikut:
PERSEMBAHAN 1:
Masa: 2:30 PM
Artis:
• Republic of Brickfields
• Emmett I
• The Exact
• Tam
• Motherland
PERSEMBAHAN 2:
Masa: 7:30 PM
• OAG
• Sekumpulan Orang Gila
• Pesawat
• Francis Wolf
• Private Whizz
Apa yang menarik acara ini turut menampilkan muzik akustik tradisional melalui persembahan dikir
barat. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia tetapi juga
untuk memastikan ia terus dihargai dalam landskap muzik moden yang semakin berkembang.
Istimewa untuk pembeli tiket ‘Gemersik dialun Pekik’, peminat juga akan menerima akses untuk
menonton filem ‘PEKIK’ secara PERCUMA. Ini adalah peluang yang baik bagi mereka yang terlepas
menonton di Astro First & Viu sebelum ini. Akses ini akan diberikan semasa acara ini berlangsung
kelak.
Acara “Gemersik dialun Pekik” dianjurkan oleh Stereo Pixels Sdn Bhd dan disokong oleh Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Tiket masuk (terhad kepada 120 tiket untuk setiap persembahan) dan cenderahati rasmi boleh dibeli
di atas talian melalui laman web https://pekik.stereopixels.com
INFO LANJUT:
Laman Web: https://pekik.stereopixels.com
FB/IG/TikTok: @pekikmy
Whatsapp: +6010 5570247
Press Release (Softcopy/Photos/Video): https://pekik.stereopixels.com/pr
