
RAZE THE STAGE: Malam Ambang Tahun Baru di Panggung Asia
31 Disember 2024, malam terakhir sebelum masuk tahun baru, Panggung Asia jadi saksi kepada malam “hardcore” yang penuh adrenalin – Raze The Stage. Dengan lineup killer dan crowd yang sporting, event ni betul-betul tonjolkan semangat underground Kuala Lumpur yang kental.
Pukul 7 malam, venue dah mula ramai. Tiket RM35 memang affordable. Crowd yang hadir melebihi 200 pax cukup “brotherhood” dalam hardcore scene ni memang lain macam.
Moshpit sepanjang malam tak henti2, penuh semangat tapi tetap respek sesama sendiri. Dari awal sampai akhir, energy crowd kekal kuat.
Event dibuka dengan DJ set dari Kumpulan Tangan Hitam, yang berjaya buat crowd hype sebelum Kosmik HC buka pentas dengan set bertenaga. Lepas tu, LastxMinute naik pentas dengan gaya mereka yang raw dan penuh tenaga, walaupun ada masalah teknikal awal. Shoutout untuk mereka sebab tetap buat crowd go insane!
Dum Dum Tak dan Radikal memastikan flow malam kekal panas. Kemudian, Naratu bawa persembahan paling ikonik malam tu, terutama bila Azam join mereka atas pentas. Energy crowd masa tu betul-betul explode.
Sebagai band kedua terakhir, Lost Control bagi set penuh emosi dan intensity yang tak tergambar dengan kata-kata. Malam ditutup dengan sempurna oleh Armpunk Sindicate, yang tampil dengan vibe punk raw mereka, buat crowd lepaskan tenaga terakhir mereka dalam moshpit.
Bagi akak, Panggung Asia ni memang one of a kind. Suasana dia yang oldskool, dengan vibe vintage yang susah nak dapat tempat lain, memang buat event kat sini rasa sangat istimewa. Tempat ni bukan sekadar venue – ia jadi rumah kedua untuk scene lokal.
Raze The Stage bukan sekadar event, tapi movement. Kudos untuk organizer – Panggung Asia, Sk8 HC Festival, dan KLHC – yang sekali lagi berjaya buat malam ni jadi event Ambang Tahun Baru tahunan.
Kalau ada lagi tahun depan, akak confirm takkan miss. Untuk korang yang tak datang, jangan lupa support lokal scene, sebab dari sinilah segalanya bermula.
Oleh Ladyganz untuk ROTTW Magazine
Powered by: Panggung Asia KL











