
SIARAN MEDIA
Persembahan Vokal KRU Menyerlah Dalam Lagu “One More Time”
17 Januari 2025, Kuala Lumpur. KRU meneruskan legasi muzik mereka sebagai
penyanyi/komposer/penerbit (singer/songwriter/producer) tersohor tanahair dengan pelancaran
single kedua dari album “Kaset” berjudul “One More Time”. Lagu ini disampaikan dengan penuh emosi
oleh KRU membuktikan kematangan Norman, Yusry dan Edry bagi penyampaian vokal dalam sesebuah
lagu.
“One More Time” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry, dan Edry yang mengekalkan
DNA muzik R&B KRU era 90-an yang masih menyengat sehingga kini. Lagu ini mengisahkan
kekecewaan seorang insan yang sekali lagi gagal dalam percintaan dan hanya mampu bergembira
dalam kesedihan melihat bekas kekasihnya hidup bahagia dengan orang lain.
KRU juga meneruskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk kembar digital (Digital
Twin) mereka dalam video muzik “One More Time”. Menariknya, melalui video muzik ini peminat
berpeluang menyaksikan transformasi wajah KRU dari masa lalu, kini, dan masa depan, memberikan
pengalaman emosi yang unik.

Menurut Kenny Ong, Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Sdn Bhd “KRU sememangnya artis
serba boleh bukan saja dari sudut nyanyian, penciptaan dan penerbitan lagu tetapi juga dalam
penggunaan teknologi terkini bagi penceritaan sesebuah lagu melalui video muzik. Kami percaya video
muzik “One More Time” akan memberi kesan yang mendalam kepada penonton malah lagu ini juga
bakal menjadi salah satu lagu klasik KRU yang akan kekal relevan untuk puluhan tahun yang akan
datang.”
Sebelum ini, KRU telah mengeluar single pertama dari album “Kaset” berjudul “Voodoo”. “Voodoo”
telah mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut mendapat sambutan
hangat dari negara-negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan Amerika
Syarikat. Muzik video “Voodoo” di YouTube telah mencecah lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh
singkat dan telah berjaya memikat pengikut baru KRU daripada generasi Alpha.
“Sememangnya ini merupakan tradisi KRU mengeluarkan lagu balada selepas single pertama yang
rancak. Ramai peminat kami menantikan lagu “One More Time”. Kami berharap lagu ini akan
mendapat sambutan baik dari peminat sekaligus mengekalkan momentum pemasaran album “Kaset”
apabila dikeluarkan tidak lama lagi.” ujar Norman mewakili KRU.
“One More Time” boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer,
KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 17 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan
terkini, ikuti akaun rasmi YouTube, Instagram, TikTok, dan Facebook KRU.
Credits
Song : “One More Time”
Artist : KRU
Composers : Norman, Yusry & Edry
Lyricists : Norman, Yusry & Edry
Producer : Edry
Publisher : KRU Music Sdn Bhd / Universal Music Publishing / DD Music Sdn Bhd
Sebarang pertanyaan lanjut, promosi dan temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music
Entertainment Malaysia:
Veea Norman | +6 013 2032130 | veea.norman@sonymusic.com
Fitrah Ilahi | +6 013 2000813 | fitrah.ilahi@sonymusic.com
TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk
perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah
muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga
mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik
dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music
Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong
pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di
samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform
dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini
adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music
Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang
berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music
Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai
pencipta dan label rekod kami sini.