GIG DAN KONSERT
ULASAN
Potensi “Legendary”
Barbarik : The Game Changer
Ruang konsert acara muzik paling popular masa kini, Zepp Kuala Lumpur hampir sekali ke
kapasiti terpenuhnya pada Sabtu lalu, 28 Jun 2025.
Barbarik ; Pentas Peluru Cokelat, telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Menenggelamkan
terus kebimbangan sesetengah orang tentang perselisihannya dengan tiga lagi acara muzik
besar yang diadakan pada hari yang sama. Namun hal tersebut telah ditanyakan para wartawan
pada acara jamming session khas bersama Barbarik beberapa minggu sebelumnya.
Menurut gitarisnya, Joe Branko, itu bukanlah merupakan masalah bagi mereka. Apa yang harus
dilakukan hanyalah membuat persediaan terbaik, latihan sekerap mungkin, hebatkan promosi,
serta menjaga kesihatan, agar segala perancangan dapat dilaksanakan sebaik baiknya.

Dan pada malam acara, nampaknya segala kerja keras dan konsentrasi selama kurang lebih tiga
bulan, ternyata berbaloi. Crowd telah memenuhi sekitar tapak acara seawal jam 2 petang. Para
pemegang tiket fizikal antara yang terawal, menebus tiket mereka bagi menyaksikan band
kesayangan mereka membuat soundcheck. Walaupun durasi bagi menyaksikan sesi tersebut
tidak seperti yang dimaklumkan kepada mereka semasa pembelian tiket, namun moment
moment bagi melihat roskstar mereka secara dekat dimanfaatkan sepenuhnya.
Di sebelah malamnya, dengan penataan cahaya yang mantap serta sound yang padu, Barbarik
memulakan acara dengan penuh energetic serta power. Sorakan para “Rejim Barbarik”
memenuhi segenap ruangan Zepp.
Berdurasi tiga jam, dengan lebih 20 buah lagu dipersembahkan, para pemegang tiket pasti puas
dalam dakapan pesona Barbarik. Bagi yang datang untuk mendengar bunyi bunyi serta
sentuhan segar guitar hero mereka Joe Branko, nah! Makbul. Pada mereka yang hadir untuk
lagu lagu yang menjadi hawa telinga mereka sejak sekian lama, juga nah! Semua dapat.
Kombinasi lagu lagu malar segar bergabung dengan lagu lagu baru, sedap pergi dia.
Perjalanan konsert yang membuat pengisian dengan slot “Retrostika” membenarkan sebentar
para pengunjung merehatkan telinga dengan alunan gitar akustik bersama tiga gitaris undangan
yang tak asing lagi dalam arena muzik tanah air iaitu Shah Slam, Muzza, serta Ujang Tukimon.
Meski terdapat sedikit insiden teknikal pada gitar Shah di awal slot, segalanya dapat diatasi
dengan lancar dan show terus tanpa sebarang hiccups. Kudos kepada team teknikal. Iringan
strings octet pada waktu ini amat memberi nilai tambah serta rasa nostalgik kepada semua
laguan yang dibawa.
Istimewa buat semua yang hadir pada malam tersebut, penulis Nasir Jani juga diberi
penghormatan, muncul di pentas pada lagu Satelit Puaka yang juga merupakan hasil tulisannya.
Karl Cromok turut membuat penampilan istimewa dengan memainkan bersama dua buah lagu
iaitu “Golok Kayu” serta “Jerangkung Dalam Almari”. Seram sungguh kombinasi dua gitaris
handalan ini di atas pentas, dengan pukulan dram bertenaga dari Ainol dan bass Rozaimie,
ditokok pula dengan vokal mantap Mus, para pembeli tiket sudah mampu pulang dengan
senyuman. Pasti.
Lagu Peluru Cokelat diawali dengan tiupan nafiri dari Awe, disambut petikan gitar Joe Branko,
ah…betul betul mood Korn menurut penulis. Enak. Lagu yang dinantikan setiap pengunjung ini
disampaikan dengan penuh emosi dan tenaga daripada Barbarik. Mus masih mengekalkan
momentumnya seperti awal acara tadi. Tidak mengurang walau sedikit. Suara dan
showmanship, maintain. Amazing.
Satu malam yang bakal diingati setiap yang hadir. Kerja kuat Barbarik, berbaloi. Venue full
house. Flaws ada beberapa di sini dan sana, tak tipu, namun keunggulan persembahan,
kreativiti dan tenaga berterusan Barbarik, menenggelamkan sedikit kekurangan tersebut.

Menurut penulis rebellious, Pak Nasir Jani, yang juga merupakan penulis lirik bagi lagu Peluru
Cokelat, Barbarik dilihat sebagai penyambung generasi rock di Malaysia. Juga sebagai penerus
legasi rock di sini lalu membuktikan rock belum mati (seperti kata sebilangan pengkarya).
Mereka punya worldly understanding terhadap muzik, bakal menjadikan mereka pemegang
DNA rock Malaysia. Sentiasa berfikir di luar kotak juga merupakan amalan Barbarik yang bakal
membawa mereka jauh.
Sempat berbual ringkas bersama Nasir Jani sejurus selepas konsert berakhir.
“Uncle dapat rasakan tak, perasaan dan impak lagu Peluru Cokelat yang dipersembahkan
malam ini oleh Barbarik, sepertimana semasa Uncle menulisnya dahulu,” tanya penulis
“Menurut saya, iya. Dapat,” ujarnya, ringkas, dan puas.
Bakal jadi legendary? Menurut penulis, tinggi potensi.
Tommy Love



