Kenyataan Media
Untuk Siaran Segera
Michael Learns To Rock kembali menghiburkan peminat di Malaysia
November Ini
Ahli Genting Rewards mempunyai akses pra-jualan tiket pada 4 Ogos sebelum
jualan am bermula 8 Ogos
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Kumpulan muzik tersohor dari Denmark, Michael Learns
To Rock yang dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre
Wanscher (pemain dram), bakal kembali ke Malaysia sekali lagi atas permintaan ramai untuk
mengadakan konsert utama mereka yang dinanti-nantikan.
MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter,
konsert bertajuk Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia akan berlangsung
pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Sejak penubuhan mereka pada tahun 1988, Michael Learns To Rock (MLTR) telah menyentuh
hati jutaan peminat dari pelbagai generasi di seluruh dunia menerusi lagu-lagu malar segar
mereka.
Antara lagu ikonik yang terus menjadi kegemaran ramai termasuk “Take Me To Your Heart”,
“Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child” dan “That’s Why (You Go Away)”. Lagu-lagu
ini terus menjadi siulan dan penyebab utama konsert mereka sentiasa dipenuhi peminat setia
di mana sahaja mereka membuat persembahan.
Dengan hampir 1,000 persembahan secara langsung di seluruh dunia, pelbagai anugerah
emas dan platinum, lebih 11 juta album terjual serta 1.5 bilion penstriman, MLTR kekal relevan
dan terus mencipta sejarah sebagai salah satu kumpulan paling lama bertahan dalam industri
muzik antarabangsa.
Selepas lebih tiga dekad membuat persembahan di Malaysia, MLTR telah berkembang
daripada bermain di lokasi kecil kepada arena berskala besar seperti konsert kali ini, sekaligus
membuktikan bahawa mereka masih menjadi pilihan utama peminat tempatan.
Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 4 Ogos, 12 tengah hari melalui
rwgenting.com, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui etix.my,
rwgenting.com dan trip.com dengan harga berikut (tertakluk kepada yuran pemprosesan
RM4):
Zon MLTR: RM988
VIP: RM788
PS1: RM688
PS2: RM488
PS3: RM288
PS4: RM188
Selain menyaksikan konsert, pelbagai faedah ditawarkan kepada pembeli tiket Zon MLTR dan
VIP seperti berikut:
• Zon MLTR – RM988
(Faedah Peminat: Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan (3:5)
untuk 20 pemenang bertuah.)
• VIP – RM788
(Faedah Peminat: Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.)
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti MMIC Entertainment Group di
Facebook www.facebook.com/MMICEntertainmentGroup dan Instagram
www.instagram.com/mmic.entertainmentgroup serta JS Concert Productions di Facebook
(https://www.facebook.com/JSConcertProductions). -TAMAT-
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Yoke Leng
Mudah Alih: +6012 3162883
Emel: gohyokeleng70@gmail.com



