SIARANMEDIA
CROMOK & BARBARIK BAKAL GEGAR PENTAS BLACK ON WHITE, TAMPIL
SEGMEN KHAS TRIBUTE KEMBARA
KUALA LUMPUR,18 MEI 2026
Selepas sekian lama dinantikan peminat muzik rock dan metal tempatan, dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Cromok dan Barbarik akhirnya bakal berkongsi pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadual berlangsung pada 27Junini di IdeaLive Arena, 3Damansara, Petaling Jaya.
Menggabungkan dua kumpulan berpengaruh dengan identiti muzik yang berbeza, konsert anjuran
KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik itu dijangka menjadi antara persembahan paling
dinanti peminat muzik rock tahun ini.
Bukan sekadar persembahan biasa, Black On White tampil dengan konsep tersendiri apabila
mengangkat elemen penceritaan dan pengalaman konsert yang lebih menyeluruh buat penonton.
Lebih menarik, peminat bakal disajikan dengan sebuah segmen khas tribute kepada kumpulan
legenda Kembara menerusi pendekatan susunan muzik yang lebih segar tanpa merosak kan melodi
asal.
Gitaris Barbarik, Jobranko berkata, idea segmen berkenaan tercetus bagi memberi warna berbeza
kepada keseluruhan perjalanan konsert selain menghargai kumpulan yang banyak memberi
inspirasi kepada mereka sejak zaman remaja.
“Saya memang tak suka buat konsert yang terlalu ‘straight forward’. Bagi saya, orang beli tiket
bukan sekadar mahu tengok band main lagu, tetapi mereka mahu sebuah pengalaman.
“Sebelum ini saya pernah berkolaborasi dengan beberapa kumpulan lain, tetapi bersama Cromok
cabarannya lebih besar kerana karakter vokal Mus dan Sam sangat berbeza. Jadi kami fikir perlu
ada sesuatu yang boleh buat peminat lebih teruja untuk datang menyaksikan konsert ini,” katanya.
Tambah Joe, kedua-dua kumpulan mereka bersepakat memilih lagu-lagu Kembara kerana
kumpulan itu mempunyai karya malar segar yang dekat dengan jiwa mereka selain sarat mesej dan
nilai kehidupan.
“ Kami membesar dengan lagu-lagu Kembara. Banyak lagu mereka sebenarnya underrated
walaupun mempunyai lirik dan mesej yang sangat kuat. Jadi kami akan ‘rearrange’ lagu-lagu ini
supaya lebih segar dan sesuai dengan energi persembahan Black On White.
“Paling menarik, segmen ini akan menyaksikan Barbarik dan Cromok bergabung dalam beberapa
persembahan khas sebagai penghormatan kepada Kembara,” katanya.
Sementara itu, Karl Cromok menyifatkan segmen berkenaan sebagai satu perjalanan nostalgia yang
diberikan nafas baharu mengikut identiti muzik kedua-dua kumpulan.
“Kembara adalah antara muzik yang kami dengar ketika zaman remaja. Jadi segmen ini ibarat
mengimbau kembali kenangan lama, tetapi diberikan sentuhan rock yang lebih moden dan
bertenaga,” katanya.
Selain segmen tribute Kembara, peminat turut bakal menyaksikan kolaborasi eksklusif antara
Cromok dan Barbarik, termasuk persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan yang
akan dipersembahkan secara langsung buat pertama kali.
Dalam pada itu, Karl berkata, konsert berkenaan turut mencipta kelainan tersendiri apabila tampil
dengan konsep No Noise Digital Stage yang menggunakan teknologi persembahan digital
sepenuhnya.
“Kami menggunakan pendekatan persembahan 100 peratus digital tanpa penggunaan amplifier gitar
atau dram akustik di atas pentas. Semua audio dipantau menggunakan sistem digital dan in-ear
monitor bagi menghasilkan bunyi yang lebih bersih serta pengalaman audio yang lebih berkualiti
kepada penonton,” katanya.
Barbarik bagaimanapun masih mengekalkan pendekatan persembahan konvensional mengikut
keselesaan dan identiti kumpulan itu sendiri dengan penggunaan monitor wedges serta setup pentas
yang lebih organik, namun tetap dibantu penggunaan mixer digital.
Perbezaan pendekatan antara Cromok dan Barbarik itu sekali gus menjadi antara keunikan utama
konsert Black On White yang menghimpunkan dua identiti muzik berbeza dalam satu
persembahan.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik menawarkan beberapa kategori tiket dengan harga
bermula RM175bagi CAT 1, RM195(CAT 2), RM250(CAT 3), RM350(CAT 4), RM480(CAT 5)
dan RM998bagipakej VIP(CAT6).
Tiket boleh didapati menerusi laman web MyArteez bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 6,
manakala Fantopia pula menawarkan tiket bagi kategori CAT 3, CAT 4dan CAT5.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik turut mendapat sokongan daripada Kementerian
Komunikasi menerusi MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik,
Dana Persembahan Muzik.
“Kami daripada Karl Legacy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang
berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif- Industri Muzik,
Dana Persembahan Muzik.
“Selain itu, kami turut merakamkan penghargaan kepada The Heritage Club dan Royale Chulan
Kuala Lumpur atas kerjasama serta penyediaan venue bagi sidang media konsert Black On White
Cromok-Barbarik,” ujar Karl.
Sempena penganjuran konsert Black On White Cromok-Barbarik, Royale Chulan Damansara turut
menawarkan pakej penginapan istimewa eksklusif kepada peminat dengan harga bermula RM238
nett termasuk sarapan, baucar makanan serta perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke lokasi
konsert




